Saturday, August 25, 2012

Mari Bercerita Kisah Sedih (Mommy emo2)

Celik mata bangun tido ~ "Mama esok cuti lagi?"...."Cuti sayang"..."Cuti banyak2?".."Cuti 2 days saja. Monday school".."Saya nak cuti banyak2"..."Tak boleh sayang, Dhani school, mama school, papa work"... berterusan dialog ni mengharapkan cuti yg panjang dan kadang2 terus nangis sebab mama cuti sikit saja...

selang beberapa jam..ulang balik dialog di atas...nak tido ulang lagi dialog di atas. 

Si kecil mula rasa insecure, tertanya2 bila akan ditinggalkan lagi dan bangun tidur akan terus nangis kalau mama x de di sebelah walaupun mama hanya pergi toilet atau kat dapur. Bila mama datang or just jerit jer dari jarak jauh.."Mama ada la..mama buat susu"..datang balik kat bilik terus tido balik or baring x nangis....

This is multibillion $$$ loss of a mommy who pursue her study and being away from her small kid. 

My son is not like your son who sleeps with u every night. My son is not like your son who always happy, has no worries or nightmares of losing his mom when he wakes up the next morning. My son is not like your son who loves airplane because it means holiday and fun. For my son, airports and bus terminals are the place he hates the most. 

Separuh jalan sudah berjaya. Lagi separuh. These final 2 semesters are the toughest one with dissertation. My client based in Singapore, so more time should be spent there....

Syaitan telah gagal meruntuhkan semangat saya sepanjang first half walaupun godaannya melalui si kecil itu amat kuat. Manalah ibu sanggup melihat anak kecil menangis2 teresak2 merayu jangan tinggalkannya kan? Alhamdulillah my hubby pun sangat kuat menyokong. 

Pastinya si laknatullah itu akan terus berusaha keras menyesatkan anak cucu Adam, bencikan kejayaan umat Islam, sukakan perpecahan keluarga dan kemunduran masyarakat Islam seluruhnya. Berperang sesama sendiri dan menjadi mangsa Yahudi. Mereka juga berusaha untuk kita lemah semangat, jatuh miskin papa dan terus bergelumang kesedihan, penyesalan dan menyalahkan takdir. Akhirnya kita memalingkan diri dari Allah kerana kekecewaan terhadap kegagalan  di dunia..

Ya Allah, kuatkan semangatku. Dugaan meneruskan semester 3 ini semakin kuat. Si kecil yang makin pandai berkata2 sangat meruntun jiwa. Kalau la mak mertua saya sendiri sedih dan hampir menangis melihat drama di Penang Airport di hari raya ke-3 hari tu, mungkinkah hati yang meninggalkan si kecil itu x terjejas? Walaupun saya tak nangis lagi di airport mahupun ketika sampai di Singapura, tetapi conflict jiwa di dalam ini hanya Allah yang tahu. 

Bak kata seorang rakan based on growth paed's advice.."bayi yang ditinggalkan itu boleh dipenuhi physical needs nya oleh orang lain seperti makan, minum, mandi, main..tapi mental/psychological needs nya hanya ibu saja yang boleh beri..they need mom's touch, mom's words and what babies really need is secure feeling which only his/her mother can provide.

Salam syawal semua...


  


Tuesday, August 14, 2012

Resepi Pulut Seri Muka

Please abaikan kesengetan kuih tu ye sebab surface die x rata saya buat dalam mangkuk sikit jer..
But trust me, it was sooooo good, creamy soft rich pandan taste..


Mom's recipe:
  • 4 pot beras pulut
  • 2 biji kelapa (6 cawan air untuk pecah santan)
  • 2 senduk tepung beras
  • 2 cawan gula
  • 4 biji telur
  • garam
  • daun pandan (dlm 10 helai atau lebih, blend dengan sedikit air dlm 1/4-1/2 cawan air)
Mak kata nisbah tepung dengan santan/air untuk puding : 1 cawan tepung = cawan 3 air+santan
* kadar santan dan air ni kene ikut selera masing masing kot, kalau orang jual tu x de sampai 3 cawan santan. kalau betul2 ikut resepi ni memang lemak lembut lapisan hijau tu. As long as nisbah 3 cecair (air+santan or pure santan) dan 1 bahagian tepung. Ada resepi guna tepung gandum but original resepi dulu2 memang pakai tepung beras.

My modified recipe (dengan mengekalkan prinsip asal tapi separuh resepi lebih kurang)

Untuk pulut (lapisan bawah)
  • 1 1/2 cawan beras pulut - dikukus dengan 1/2 biji santan kelapa (dlm 1 cawan santan beli siap perah ditambah sedikit garam) 
Cara masak pulut: bersihkan beras pulut, rendam dulu pulut dalam sejam dua gitu (lebih lama lebih bagus, cepat masak, 10-20 minit pun boleh). Kukus pulut dalam separuh masak (boleh terus kukus dalam loyang), tambah santan pada pulut dan kukus lagi dalam 10 minit sampai pulut betul2 masak. Tekan2 pulut supaya padat. ketepikan untuk dicampurkan dengan lapisan hijau.
Untuk lapisan hijau (lapisan atas)
  • 2 1/2 cawan santan (beli yang ready made santan perah tapi bukan santan kotak)
  • 1/2 cawan air daun pandan (dalam 6-7 helai daun pandan blend dengan 1/2 cawan air)
  • 1 cawan tepung beras (saya sangat fobia takut keras mcm first time so saya letak lebih dari 3/4 tapi kurang sket dari 1 cawan)
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 3/4 cawan gula (atau 1 cawan gula kalau suka manis)
  • 2 biji telur
  • sedikit garam
Cara sediakan lapisan hijau: Campurkan santan, air pandan, gula dan telur. Gaul rapi (pakai whisk lagi bagus). Tambahkan tepung beras dan tepung jagung sikit demi sedikit dan tambahkan sedikit garam. Masak adunan hijau tu dengan api kecil (macam masak puding custard tu), jangan sampai pekat berkilat melutup2 mendidih, just sampai berasap panas sikit jer. Matikan api. Pastikan air kukus panas menggelegak, gunakan penapis tuangkan lapisan hijau ke atas pulut. Masukkan semula lapisan pulut tadi dan hijau tu ke dalam periuk kukus, kukus selama 20 minit-30minit maximum.

Untuk hasil lapisan hijau yang lebih cantik, balutkan lapisan atas dengan aluminium foil supaya air dari kukus tak masuk jatuh pada lapisan hijau. Time saya buat tu terlupa maka berbalam2 la ada lopak air pada lapisan hijau tu.

Lepas dah masak tu, keluarkan dari periuk kukus dan tunggu sejuk dulu dalam 2-3 jam baru potong (saya masak malam, pagi sahur baru potong).

* banyak resepi internet tak masak lapisan hijau tu just tuang jer atas pulut dan kukus. Tapi mak saya cakap bila kita masak sikit dulu, pulut+lapisan hijau tu cepat masak dan lapisan hijau tu tak sempat meresap ke dalam pulut. Nanti tak cantik pulut tu ada color2 hijau kalau lapisan hijau tu meresap. 

Contohnye ini ha kat bawah  ni time saya first time buat..hehe.

Time ni saya still masak atas api slow, tapi saya kukus lama sangat dekat 40 minit sebab saya x confident dengan lapisan hijau tu. Alamatnya keras dan hijau meresap pada pulut. Keras tu actually sebab sukatan air tu mcm kurang dari 3 nisbah 1 sebab confuse dengan sukatan asal pakai senduk. So based on my modified recipe, semua guna sukatan cawan. Senang sikit.

Insyaallah semoga menjadi  dengan resepi ini ye. Ingat walau apa pun sukatan ni di separuhkan ke di double kan ke, bak kata mak saya nisbah air/santan dengan tepung tu biar 3:1.

Selamat mencuba..

Kalau jadi atau pun tak boleh share ye. Kita improve sama-sama.


Monday, August 6, 2012

Home Made Kek Lapis


Bersungguh2 saya mentelaah resepi2 di alam maya dan inilah hasilnya. More detail for each of them soon Insyaallah..

Thursday, August 2, 2012

Blog housekeeping..Suggestion please...

Salam Ramadhan,

Rasa blog ni sangat bersepah esp bloglist fav saya tu. Saya tengah nak susun2 tapi mcm malas juga nk buat major changes. Yang penting skarang saya nak follow banyak lagi blog2 yang berkaitan perkara2 yang saya suka. Harap dapat pertolongan uols readers bagi link2 blog yg rasa2 gempak dan best untuk di follow ya. Antara blog2 yg saya nak carik and follow adalah:

  1. Blog Students: X kirela dip ker, degree ke smpai doctorate or any other ilmu-ilmuan lain termasuk klau ada yg tau blogger Ilmuan islam yang mana mereka byk cite psl study life mereka, their researches and other related stories.  
  2. Blog Baking & Cooking: Memandangkan saya berhobi baru baking menjadi suri rumah sepenuh masa secara sementara, skill memasak dan baking harus dipertingkankan sebelum mula membenamkan muka dalam buku2 dan journal2 yg x seharum bau kek n cookies or grilled black pepper chicken ;-) 
  3. Blog fashionista: x kirela western modern fashionista or the hijabist
  4. Blog Parenting or early child education: preferable from the Islamic or scientific/professional views 
  5. Blog Islamic Financing, Shariah Compliant Investments and Muamalat related blogs or sites
Harap2 sudi membantu ye...terima kasih dan slamat berpuasa dan menikmati ramadhan yang barakah.