Saturday, June 23, 2012

Kari Ikan Bawal dan Lemon Mint Tea




Lunch untuk hari ini....kari bawal, sambal tumis bilis dan sup sayur..air pulak lemon mint dengan gula melaka. Mmg segar lepas makan kari super lemak berkrim tu. Masak sup sayur+fishball dan ikan bawal utk Dhani tapi dua x lalu makan.. 


Fyi readers, Dhani kene chicken pox..kesian si kecik tu now lembik je tgk upin ipin dari tadi..doakan Dhani cepat sembuh ya.. 


Sent from Samsung Galaxy Note

Monday, June 18, 2012

Jalan-jalan Indonesia: Bandung(2)


Hi all,

Hari ni kita sambung dengan Bandung trip part 2. Yang pertama tu kat sini ye bagi sesiapa miss. Dari rumah kawan di Subang, kami ke Tangkuban Perahu. 

Sepanjang perjalanan kawan kami cerita salah silah Tangkuban Perahu. Menarik juga dengar cite die tu. Puteri raja, Dayang Sumbi kawen orang kebanyakan yang ada kuasa, suaminya jadi anjing sebab kene sumpah dengan ayah Dayang Sumbi. Bila dah jadi anjing kene bunuh pulak dengan anak sendiri pulak sebab x dapat hasil buruan dan si anak x tahu yang anjing itu ayahnya. Si anak yang bernama Sang Kurian kemudian kene usir dengan ibu sebab bunuh ayah (anjing tu). Dipendekkan cerita lepas bertahun2 Sang Kurian jumpa Dayang Sumbi dan jatuh cinta dengan mak sendiri. Dayang Sumbi ni ada kuasa awet muda sbb tu x tua2 sampai anak sendiri suka kat mak die sebab cantik. Then Sang Kurian marah2 sbb mak die x nak terima cintanya dan dengan kuasanye tendang perahu sampai tutup bukit tu jadilah Tangkuban Perahu or boleh kita kata perahu telangkup. ;-)

Kalau x caya cite saya ni baca myth dari Wiki ni ye:

The name translates roughly to "upturning of (a) boat" or "upturned boat" in Sundanese, referring to the local legend of its creation. The story tells of "Dayang Sumbi", a beauty who lived in West Java. She cast away her son "Sangkuriang" for disobedience, and in her sadness was granted the power of eternal youth by the gods. After many years in exile, Sangkuriang decided to return to his home, long after the two had forgotten and failed to recognize each other. Sangkuriang fell in love with Dayang Sumbi and planned to marry her, only for Dayang Sumbi to recognize his birthmark just as he was about to go hunting. In order to prevent the marriage from taking place, Dayang Sumbi asked Sangkuriang to build a dam on the river Citarum and to build a large boat to cross the river, both before the sunrise. Sangkuriang meditated and summoned mythical ogre-like creatures -buta hejo or green giant(s)- to do his bidding. Dayang Sumbi saw that the tasks were almost completed and called on her workers to spread red silk cloths east of the city, to give the impression of impending sunrise. Sangkuriang was fooled, and upon believing that he had failed, kicked the dam and the unfinished boat, resulting in severe flooding and the creation of Tangkuban Perahu from the hull of the boat.

Sama kan citenye??? Ok la mari layan gamba..

Kawah gunung berapi yang kaya dengan sulfur yang katanya baik untuk kulit esp yang kudis2 tu



Tengok saja tau, jangan beli..tu la kata Dhani..slamat dengar cakap




Kat tempat2 tarikan pelancong ni memang ramai yang berjualan barang2 souvenir. Kalau nak beli kene tawar betul2..kalau tak cekik darah..Mak saya beli angklung kat Tangkuban Perahu ni dari 300,000 rupiah turun jadi 250,000 turun jadi 200,000 saya kata kalau 150,000 saya beli dia x mo jual gak. Last2 rasanya 170,000 kot. Dekat half price kan dari yang asal tu? Yang lagi best kawan saya tu cam berkenan gak last2 die beli kat pasar dekat pekan dengan harga 120,000 rasanya lepas tawar..50,000idr (kira2 RM16) tu beza..

Dhani time ni sangat protective. Dia dah tau orang sini jenis paksa2 ikut kite selagi tak beli, dia jerit2 marah orang jual tu dgn dialog die "X nak X nak..Mama x de duit!!!" Die start dialog ni time kat Borobodur time kene kerumun dengan orang jual key chain tu...kesian dia sampai pegang saya kuat2 sebab takutkan orang2 ni. Ni sample video die kata x nak tu. But this one dia cume kata x nak x de dialog mama x de duit la..


video

Yang ni video lagu Isabella dimainkan pakai angklung..

video


Kami x lunch di Tangkuban Perahu dan x juga pegi ke few kawah yang lain seperti kawah Dolmat. Actually ada few stops sebelum sampai ke puncak dan rasanya ada kedai2 makan juga. Jadi kalau anda ada banyak masa boleh try lawat kawah2 yang berbeza. Kami lunch di pekan Lembang dekat satu kedai nasi ayam yang best...dekat area pasar tapi x ingat la kedai nama apa..sorry. Mak pun beli avocado kat pasar area situ.

Ok la itu saja cite di Bandung. Kesimpulannya saya rasa wajib shopping, wajib ke Tangkuban Perahu dan kalau rajin boleh buat outbound activities..Memang syok...kecuali macet je yang x syok..

Tips saya la kan kalau nak pegi Bandung ni..

  1. Tentukan itinerary (jadual) based on number of days dekat sana. The best 3 hari 2 malam. 2 hari 1 malam pun ok cume masa terhad sikit nak explore outskirt Bandung. Kalau shopping saja ok 2 hari 1 malam.
  2. Pilih hotel betul2 dekat shopping area so boleh balik hotel kalau penat, minum2 mandi letak barang ke then sambung shopping lagi sampai pengsan. Hotel dekat ni penting especially for those with small kids. Macet di jalan buat kita rugi masa kalau hotel jauh dari tempat shopping. Tempat shopping scattered kat area Jalan Riau, Jalan Dago dan Rumah Mode tu tersorok sorang2 kat Jalan Setiabudi. 3 hari 2 mlm yang saya cadangkan – Satu hari full day shopping, then next day boleh sambung shopping kalau x cukup shopping then harus pergi ke Tangkuban Perahu. Rugi kalau pergi Bandung x pegi Tangkuban Perahu. Kalau nak lebih advanture, 2nd day jangan tidur di bandar Bandung, pegi ke area Subang, tanah tinggi tea plantation area, duduk di hotel or resort2 tanah tinggi tu ada hotspring dan sape suka jungle tracking, canopy walk memang byk resort2 kat situ ada semua ni. Permandangan memang sangat cantik dan suhu sejuk tanah tinggi. Memang aman damai lain dari bandar Bandung yang bz dan jam tu. 
  3. Kalau setakat ada satu malam, plan btol2 nak shopping apa dan list down tempat2 nak pegi tu ikut jalan mana supaya jimat masa. 
  4. Kalau dah nampak yang berkenan tu amik je kalau nak compare2 banyak tempat takut rugi masa nak pegi smula tempat awal tu kalau at last x de benda yang dicari dengan harga lebih murah.
  5. Dapatkan driver yang betul2 familiar dan tau nak advise tempat2 yang hendak dilawati.
  6. Tukar rupiah cukup2. Kat Bandung ada satu money changer besar tapi sangat ramai orang!!!!!!!!!!!! X de banyak money changer di merata tempat. 
  7. Yang paling penting, time nak book flight, make sure baggage allowance cukup tau. Nanti shopping banyak2 excess baggage pulak..Untuk kami, pergi saya amik 20kg for me and 15kg for my mom. Ni extra free space 12kg. So actually boleh amik 30kg je or 25kg. Ni termasuk baju Dhani  dan perjalanan panjang kami termasuk baju sejuk ke Mt. Bromo, extra kasut untuk mendaki Mt. Bromo (Ni saya cite nanti ye) dan dan ration (maggi, 3 in 1 drinks, biskut yang sangat banyak) untuk bekalan kelaparan di luar waktu makan utama. Balik 30kg for me and 20kg for my mom. 3 luggage besowww..Just nice. Balance weight dlm 6kg je gitu..hehe..dengan mak saya beli angklung segala mmg berat brg2 kami..
  8. Sapa suka avocado sila beli banyak2 kat pasar or tepi jalan sebab kat Indonesia ni murah nak compare Malaysia sgt mahal. Beli yang belum masak sangat yang tahan 3-4 hari. Buat avocado ice blended sedap woo...Cam ni..

seperti biasa sengetkan kepala


 Coffee Avocado ice blended... 
Sangat creamy!!!!!

OK maka berakhirlah cite jalan2 Bandung. Nanti saya start cite balik smula dari Surabaya-Mt. Bromo-Solo-Yogya-dan last skali Jakarta..See u soon...

Nani n friends..Have fun at Bandung!!!!! Jgn lupe belikan Prune layer cake Kartika Sari dan telekung santek cam akak belikan mak tu yek ;)

Sunday, June 17, 2012

Jalan-Jalan Indonesia: Bandung


Liat betul nak update pasal trip ke Indonesia. Dah genap sebulan pulang tapi ceritanya belum update jugak...sorry...

Ok begini ceritanya... Kami memulakan perjalanan menjelajah Pulau Jawa dari timur ke Barat. Bermula Surabaya-Yogyakarta-Bandung-Jakarta..In between ada juga daerah2 lain yang kami singgah..akan saya cuba cerita satu persatu..Ni la kirenye map perjalanan kami from East to West.



Tapi atas permintaan adikku yang tersayang yang akan ke Bandung hujung bulan ni, saya terpaksa la cite tak ikut turutan ye. Kalau saya start dari Surabaya confirm sampai bulan depan x abis cover ke Bandung kalau ikut pace yg sungguh lembab mengupdate blog ini. Jadi saya shot cut cite Bandung dulu ye..

Perjalanan kami ke Bandung adalah melalui Yogyakarta dengan tren. Ambil masa 7-8jam.. 



Ni time lepas makan hat Tree House, Bandung

Antara tempat2 yang menarik hati adalah Rumah Mode, Grande dan ntah apa2 lagi la. Saya tak dapat nak buat review shopping sgt sebab sincerely kami x shopping sangat sbb time tengah2 nk shopping tu hujan la pulak..then tersadai lama kat Rumah Mode then akhirnya kami ke Kartika Sari beli brownies dan layer cake yang super sedap..Ni ha gambar keknye..brownies x amik gamba pulak.


Untuk tips2 bershopping di Bandung, saya x le nak cite sangat sebab x dapat shopping banyak tapi kawan saya buat review yg baik pasal Bandung shopping. Nani, Didie n geng boleh tengok blog Mar kat sini ye. Antara yang best Mar kata:
  • Toko 3 untuk jeans ori harga murah
  • Rumah Tas untuk handbag. Saya pergi gak Rumah Tas tapi x beli pape sbb apa yang nak x de pastu cam x de smngat lak nk beli beg ;-)
  • Grande, Rumah Mode, The Secret baju pompuan best2. Rumah Mode baju budak2 pon cantik2 gile..Dress baby oooiiiii geram tengok ala2 party princess tu sume la
  • Happening, Formen untuk lelaki
  • Pekan Baru untuk kain2 baju, batik, telekung dll..Ni cam wajib pergi jugak, tapi saya x pegi sebab x cukup masa so we qada kat Tanah Abang Jakarta. Lebih kurang sama dengan Pekan Baru but Tanah Abang ni mmg tempat gile shopping kain baju besar nak mampus, pack gile..Tamerin City Jakarta juga boleh dapat batik pelbagai jenis dari yang murah ke yang paling mahal
  • Kartika Sari utk kek lapis, kek macam2 dan brownies choc chip yang sungguh lazat. Aku stuju ngn ko pasal brownies tu Mar..selain Kartika Sari, member kata brownies Amanda juga sedap tapi kitorang x jumpa. Otw ke Jakarta baru nampak tepi jalan tapi x singgah la dah lambat.
Sorry memang x de gamba shopping kat Bandung coz sgt teruja dan sibuk ngn si kecik yang asyik nak lari..

Lepas bershopping kat outlets tu, kami teruskan perjalanan ke rumah kediaman rakan di kawasan ladang teh di Subang, Bandung. Amik masa dekat 2 jam jugak rasanya dari badar Bandung tu dengan jam segala...Bila sampai ke kawasan bukit2 tu kami memang kagum lihat permandangan hijau hutan, kebun teh dan ladang2 sayur segar tu..pokok2 pun ala2 pokok pine..tibe2 rasa cam hutan2 cite vampire tu pulak...breaking dawn tu...

Rumah kawan kami tu btol2 kat tengah ladang teh. Rumah tu aunty die yang duduk jaga ladang teh tu dan jadi holiday home pada family rakan saya tu. So memang ada bilik kosong..Masyaallah best betul rasa dok kat kawasan tanah tinggi tu..Mcm kat Cemeron Highland...

Ni semua permandangan sebelum sampai rumah member kat kawasan ladang teh tu.







Ni pulak ladang teh sebelah rumah member we all tu..



Area Subang ni memang best untuk siapa yang suka advanture dan nature untuk aktiviti outbound, jungle tracking, water rafting dan hotspring. Memang best. Kalau la single mingle menang rasa nk buat semua ni..dengan si kecik ni simpan niat dlm hati je la. Nanti aa 1 day saya nak suggest office buat teambuilding kat Bandung..haha mcm lepas kan??

Ok. kita stop kat sini dulu ye. Nanti saya sambung Bandung part 2 iaitu ke Tangkuban Perahu.

See u soon..

Friday, June 15, 2012

Q & A Susu Ilham

Salam Jumaat semua...

Baru update Blog Susu Ilhamku..bagi sesiapa yang nak tau lanjut camne Susu Ilham diproses dengan ayat Quran? bolehke orang dewasa minum? apa khasiat susu ni? kat mana ada jual dll boleh baca kat http://susuilhamku.blogspot.com/..

Sunday, June 10, 2012

Green Apple Celery Juice

Mulakan hari dengan menu sihat..Green Apple Celery Juice

Juice ni bagus untuk detox



Bahan-bahan:
  1. 3 biji epel
  2. 2-3 batang celery
  3. air segelas kecik jer
  4. no no gula k...


Sunday, June 3, 2012

Alhamdulillah...Susu Ilham...

Alhamdulillah sambutan Susu Ilham melalui susuilhamku.blogspot amat menggalakkan sampai saya kene restock last week.... ....Saya faham bukan mudah kita nak percaya pada produk baru. Tapi bila fikirkan anak semakin membesar, sehari demi sehari kita melepaskan peluang untuk memberi sesuatu yang baik buat mereka, alangkah ruginya.. Kalau saya tahu lebih awal, saya juga tak nak lepaskan peluang untuk  memberi Susu Ilham kepada anak saya selepas dia berhenti susu ibu dahulu. Tapi tak pe, never too late kan?? Kini anak saya minum Susu Ilham sepenuhnya. Mungkin rezeki bakal adik-adiknya nanti jua untuk saya berikan hanya Susu Ilham setelah mereka berhenti susu ibu.... ...Terima kasih jua pada kawan2 rapat di KL dan JB. Ada yang beli banyak sekaligus, termasuk sorang teman yang tengah pregnant. Katanya nak minum Susu Ilham time pregnant ini selain nak start bagi Susu Ilham pada anak sulungnya sebagai persediaan nanti nak dapat adik..baca lanjut di susuilhamku.blogspot.com :-)

Friday, June 1, 2012

Red Velvet



Suka tak red velvet? Sy pernah gile beli 4 jenis red velvet dlm satu hari, cup cakes dan kek yg slice tu.. The best so far kat Bisou ni...Yg lagi satu tu beli kat jusco bandar perda tapi x sedap sgt pon. Cantik je. Sesungguhnya sy bercita2 nk buat cuppies dan kek lapis..dan lain2 juga...wait for July..that's my next project.