Thursday, May 31, 2012

Teacher kata...........

Dhani now ada satu ayat standard baru..kalau ada je dia nak bantah or die rasa mama papa kata x betul dia akan cakap "teacher kata"..

Ok la fine kalau pasal keje skolah x le lawan la kalau kite ckp B for ball then dia cakap teacher kata b for bear (die punye pronounce bear sangat over ok like “bierrrrrrr” sgt jelas panjang rrrr nye)..

Tapi yang x boleh blah ada satu masa tu tengah nak main kereta control die then apa la yang die suroh mama betulkan (tayar ke hapa). I did la as what he wanted tibe2 dia boleh cakap..”bukan la mama, teacher kata bukan macam ni, masuk kat sini”…hey excuse me, bila masa pulak teacher Dhani ajar main keta control kat school? nak klentong pun agak2 la anak oiiii..mama makan garam dulu..hehe.. bile saya cakap “mana ada teacher main keta control kat school, asyik teacher kata aje…” then Dhani gelak..

Now saya suka sakan die.. every time die cakap “teacher kata” saya sambung “mama kata” or “papa kata”…pastu mule la Dhan terjerit2 kata “bukan laaaa..ish mama ni….”

Apa2 pun terima kasih teacher2 kerana didik Dhani dan jada dia sepanjang ketiadaan kami bersamanya.

Wednesday, May 30, 2012

Pengajaran Bermakna..Sekali sekala pandang ke belakang jangan hanya terus ke depan

Salam semua..

Cuti 3 bulan yang saya tunggu2 dah tiba dan segala pengalaman baru yang saya ingin kutip sepanjang cuti ini sedang saya lalui..

Seperti yang dirancang, bulan pertama cuti telah saya mulakan dengan bercuti ke Indonesia (gamba dan cerita masih x upload..maaf ya..soooooooooonnnn Insyaallah..) selepas pulang dari Indonesia 2 minggu lepas saya teruskan dengan plan kedua iaitu merasai environment kerja yang sangat berbeza dari apa yang saya pernah lalui sebelum ini. Menjebakkan diri ke dalam satu bidang yang saya x pernah ambil peduli sebelum ini dan alhamdulillah saya mula suka pada bidang ini. Development studies, gender and poverty..These areas bring us back to the root..Indirectly saya dah kutip sedikit sebanyak real life experiences dari Indonesia dan Cambodia semasa berada di sana. Now i'm learning from literature dan report segala pula..Interesting..Really interesting.. Ada sesiapa study or expert bidang ni? bole saya menuntut dari tuan/puan ;-)

Ok la yang saya nak kata pengalaman bermakna tu actually pengalaman saya naik lrt dan bas setelah lebih 5 tahun rasanya x naik pengangkutan awam di malaysia ni especially bas. Kalau selalu pun taxi la kan sepanjang bekerja dulu esp kalau nk g airport. As we Malaysian can luxuriously own and drive a car, sometimes we tend to forget the difficulties faced by those who rely on public transportation. Urban public transportation reform memang sangat perlu diberi focus kalau kita nak jadi negara maju. Jangan sampai macam certain big cities yang kita boleh trap dlm jam berjam2 lamanya. Actually 2hrs jam tu still ok ye di KL kalau nak banding 4-5jam di certain tempat..

Sebab traffic jam saja (peak hrs) perjalanan pulang ke rumah jadi 1 jam 30 min dengan bas dan lrt..bas tu yang lama  dekat 1 jam. lrt tukar kat masjid jamek lg jadi nearly 40mins. Kalau naik kereta hanya 30-40mins..x ke sakit jiwa? Mana Dhani jadi orang last lagi. Dia dah besar, kesian kalau dengar dia sedih sebab balik lambat. Masalah nak bawak keta hari2 parking pulak yang super mahal. 

Saya suka naik pub transport sbb dpt tengok gelagat orang..dan belajar bende baru stiap hari..apa yg saya kata pengalaman hidup tu actually time saya naik bas tu ada org buta. Saya sangat bangga dengan Malaysian yg sangat prihatin. Ramai betul yg nak tolong kakak buta tu. Dari turun bas sampai lrt. ada sorang mamat tu siap lead dia ke lif tapi die x naik then saya terus volunteer kata x pe saya tolong dan naik lif sama kakak tu. bila masuk lrt je, surprisingly 4 orang skali gus bangun nak kasik kakak ni duduk.. Alhamdulillah saya dlm hati time tu sgt terharu..hehe ye sounds over acting kan tapi betul saya terharu. x sangka masyarakat bandar ni masih tinggi nilai keprihatinannya..dulu kite dengar orang tido psg earphone buat dek je duduk dlm lrt x nak kasih the needy duduk tapi sebahagian besar malaysian masih tinggi budi pekerti. Sorry to say, saya pernah naik bas di kampung halaman saya kira2 last year jugak, warga asing yg tinggal kat area situ naik bas langsung buat bodo je ada makcik tua diri...SAKIT HATI OK TENGOK PERANGAI DIORANG TU..................

Naik bas juga didik kita bersabar. camne saya tengok student2 berpusu2 lari kejar bas walaupun bas tu dah full. Lepas dah ada kereta sendiri dan naik keta pergi keje saya dah x rasa semua susah payah tu yang mana dulu saya pernah juga rasa time study...

I hope to learn more from day to day journey here in my homeland. Pengalaman naik pub tansport kat kl x sama dengan kota singa di mana di sana ianya satu kebiasaan dan service sangat efficient (wlpun MRT juga problem lately). Yang bezanya budaya, sikap dan cara hidup the commuters..
Ok see ya soon..selit sket s2 gamba di Indonesia..yang lain nanti yek..

Gunung Bromo, Mangelang, East Java
sapa tau camne nak adjust gamba senget ni kat blogspot? dah rotate kat picasa pun masih senget kat sini :-(((( 

Mar.......atas nasihat blog dan fb ko aku ke Tangkuban Perahu, Bandung, West Java....
best2..(hope u read this)







Saturday, May 19, 2012

Susu Ilham

Hi Semua.

Checkout new blog about Susu Ilham.http://susuilhamku.blogspot.com/


Hari Amik Report Card Dhani

Jumaat lepas adalah hari bertuah untuk ambil report card si kecik. Dah la budak ni ponteng time exam sebab kami ke Indonesia last week. Bila cikgu bagi date exam tu, saya terus call cikgu bagitau kami nak bercuti ke Indonesia. Cikgu kata boleh buat exam khas untuk Dhani, express punya. If other students exam seminggu, Dhani cuma 2 hari je sebab hari ketiga exam tu Dhani dah ponteng skolah.

Bila jumpa cikgu time open day skolah Dhani, teacher kata dia baik2 je kat school, nak kawan dan dengar kata. Tengok paper exam dia semua ok. Semua A walaupun ada la 92%, 98% dan ada yang part color tu teacher kata dia dah malas, penat sebab banyak sangat paper kene jawab so dia conteng2 je.

Keep up the good work, son. Congratulation..Nanti ujung taun mama tengok report book lagi yek. Time tengah sebok borak ngn cikgu, Dhani dah distracted dengan computer baru yang cikgu install kat school die. Seronok la next week dapat main computer sbb yang rosak2 cikgu dah repair and upgrade.

Banyak sangat entry tertangguh ni...Sedang cuba mengkomitedkan diri ni dan cuba mengurangkan masa lepak dan tidozzzzzzzzzzzzzzzzz yang sangat heaven kerana sedang bercuti panjang. Enjoy the piccas :-) Nanti saya upload gambar2 Indonesia trip pulak ya..

Dhani n papa dengar report dari teacher

Ni dapat 90% je sebab teacher kata Dhani dah malas color time ni coz dia penat jawab exam paper semua sekaligus

Ni gambar Dhani n kawan2 time pegi pet zoo di Sunway 
(Dhani kat gambar no 38 tu: depan kanan)

Dhani terus main computer time papa lom habis cakap ngn teacher

Soon they will teach the students phonics reading ;-)

Alhamdulillah so far kami sangat berpuas hati dengan school Dhani yang baru ini. Dhani pun suka ke sekolah. Next week sports day pulak..Aiyooo mama papa kene cuti ni..




Saturday, May 12, 2012

Batik Dress

Tak tahan la tgk baju ni tros beli..this is for my cute little Auji Abqarah..tibe2 berangan nk bukak online blogshop..hehe hanya berangan...

Thursday, May 10, 2012

Indonesia Trip

Alhamdulillah dah sampai Surabaya. Flight petang smalam dari Kl. Today is the first day of our visit. Tour Surabaya dulu before ke Malang and Mt. Bromo petang ni. Selamat la mak ikut. Sgt x mampu menjaga anak kecil yg banyak mulut ni. Tq sangat Wanrose for ur super light stroller.

Tuesday, May 8, 2012

Instant Meal #3: Tomato Bruschetta with Cheese

Hi all, 

Instant recipe lagi yek..bersabar ye selagi resepi2 ni x habis..ada lagi 2 3 entry lagi yek sebelum saya bercerita pasal resepi mak2 or resepi ibunda yang super leceh yang akan saya masak sepanjang cuti 3 bulan ini..yeay CUTIIIIIIIIII LAMMMMMMMMMMMMMM SANGATTTTTTTTTTT (bak kata Dhani la..mama cuti lama)..yes dear, my time is for u n daddy dan mommy sanggup melepaskan memohon paid internship di SG dan di tempat2 lain dan hanya apply unpaid internship di KL...because of u dear..dah besar nanti baca blog mama dan diary mama k semoga Dhani faham kenapa mama tinggalkan Dhani dan belaja di seberang.

Back to the recipe, saya peminat dairy product..mmg suka melemak2kan makanan. sila abaikan cheese itu kalau ada ingin kurus ye..enjoy the picas before I start the recipe.




 

Inilah breakfast saya pada hari berbahgia itu



Bahan2nya (as usual super simple):

  1. French bread..yang ini gardenia ntah apa ada black saseme n nuts (sangat sedap makan gitu pun sodap)
  2. cherry/plum tomato
  3. Garlic
  4. Butter
  5. Balsamic vinegar (optional)
  6. Olive oil (optional)
  7. Salt and pepper
  8. Italian herbs (basil, parsley or apa saja-juga optional)
Cara2nya:

Kalau resepi bruschetta Italian style, tomato dipotong dadu, dicampur dengan balsamic vinegar, olive oil, herbs, salt n pepper dan disediakan secara segar sebagai topping pada roti yang telah dibakar, tetapi saya improvise resepi ini sbb nk senang makan sekali "ngap" dan nak lekatkan tomato dengan cheese so bakar dengan tomato skali. Saya x guna over just grill pan. Kuali leper biasa pun boleh. Guna api kecil bakar roti.

  1. Potong 2 tomato cherry dan gaulkan dengan sedikit balsamic vinegar, herbs, garam dan pepper
  2. Potong kecil bawang putih dan campurkan dengan mentega, sapu pada roti. U can toast the garlic bread first and add tomato as topping tapi saya nak cepat (namapun resepi student kan), saya terus letakkan tomato atas sapuan butter dan garlic
  3. Letakkan cheese atas tomato
  4. Terus letakkan French bread yang telah dibakar (panas2 tu) atas cheese supaya heat tu boleh cairkan cheese
  5. Bila dah letak roti atas cheese (kire dah cover atas bawah dengan roti), toast lama skit balik2 roti untuk pastikan cheese cair (tapi jgn sampai hangus ireng cam saya punya gambar tu..hehe)
  6. Siap untuk dimakan







Monday, May 7, 2012

Instant Meal #2: Cekedok Dal@Curry Dal Fritters

Buat minggu ni sila tahan muntah darah if uol x kuasa nak layan my instant meal ni semua ye. Tak kira nak juga letak kat sini. Bagi yang miss menu pertama dulu sila click di sini. Bagi yang miss entry sulung instant meal, entry jenis gini saya buat untuk koleksi makanan student yang super simple tapi Insyaallah masih cuba untuk diseimbangkan nutrisinya demi untuk tidak jadi mulnutrisi makan ntah pape or asal makan mcm life student yang dulu2. Saya percaya ramai students ikat perut dan bedal aja apa yang senang dan mudah kerana adik2 saya masih belajar dan menarik juga dengar cite2 camne mereka makan sbb nak bajet punya pasal. Menu2 ni saya kumpul2 je amik gamba time masak kat umh sg (students residence)

Menu yang kedua ni diberi nama "cekodok dal" or kalau nak cun orang futeh we can call them "curry dal  fritters"..

Taraaaa............... 



Actually ni sama je cam cekodok2 biasa like bilis, udang etc tapi base nya yang ini adalah dal dan daun kari..

sebelum proceed ngan bahan2, baik saya cite salah silah dal ni. Actually saya nak masak dal daging so rebus la  kacang dal. konon2 sambil nak tunggu dhal empuk naik atas jap buat keje..then lepas sejam kemudian my hsmate tanya if i ada masak apa2 coz bau hangit. haaaaa...amik ko..tu la padahnya x set alarm..actually saya amalkan kalau multi task rebus smthg yang makan masa sambil buat keje lain eg sidai baju or buat keje skolah saya akan alarm or timer 15mins ke 30mins ke..time rebus dhal ni phone kat atas tgh charge so malas nk timing..padah nya kerak dah tebal gile, dhal dah lembik cam bubur..x le nak buat kuah dal..so sayang  nak buang saya pk aa nk wat apa ngn dal ni..konon nak wat ala2 masalode (kuih indian yang hubby saya sangat suka tu) tapi x reti n malas google so saya hentam je buat cekodok ni..tapi sedap ok..serious..lemak2 curry..

 Bahan2nya:

  1. Kacang dal direbus sehingga lembut...or in this case terover cooked ;-)
  2. Daun kari secukup rasa...ikut suka...
  3. Tepung gandum
  4. bawang besar dimayang 
  5. serbuk kari
  6. garam
Cara2nya:

Super simple cam cekodok biasa, just campurkan semua bahan ikut sedap rasa dan goreng...


Friday, May 4, 2012

Yeay Exam sudah tamat..Blog template redesign

Aman rasa dunia..cuti dah mula..yeay2.........plan pertama mula minggu depan..yeay..x sabar rasanya..semoga semua perancangan diredhai dan berjalan dengan lancar..Amin

Pening la nak touch up blog yg sangat conservative ni..I need Photoshop..mana nak carik free trial-download pun jadila..tapi x jumpa source yg meyakinkan..sapa ada nak mintak tolong ni..


Wednesday, May 2, 2012

Final Exam for 2nd Semester

X sabanye nak tunggu esok. Last paper. Pejam celik dah dekat setahun di LKYSPP.. X sabar nak menghadapi summer holiday. Sapa nak kasik cuti 3 bulan free2 kan? Banyak dah rancangan cuti skolah ni.. Cant wait...Ya Allah permudahkanlah last paper politics esok sebagaimana kau permudahkan my 2nd assignment for this course dan sgt saya bersyukur dengan hasilnya :-) Selamatkan juga my killing paper CBA :-( and my fav paper macroecons tapi ralat x dapat score coz x tau kire inflation.padahal malam sebelumnya dah tengok part tu cume x ambil port sgt. pastu kuar exam :-( sgt menyesal utk soalan 4 markah yg saya x reti buat tu.

For my other non-exam IR paper...semoga my 50% 4000 words essay dapat la baik2 saja hendaknya sbb buat last minute. sgt tension menyiapkannya dah hasilnya tidaklah begitu baik. Tapi itu lecturer sungguh baik hati dan saya sangat suka akan subject itu. semoga dia juga baik dalam kasik grade utk my term paper tu. Pendek kata spjg 2 semester ini saya mmg suka elektif saya iaitu IR related courses. Cuma next semester ni pk2 nak amik statistics II as my elective (haha ada beran??) + ntah apa lagi non-exam elective..wait n c la...