Monday, March 19, 2012

Syaitan di muka pintu..

**Masuk rumah, baca bismillah 3 kali, 
ucap assalammualaikum, 
langkah dengan kaki kanan**

Semoga rumah jadi tempat yang baik, elak bergaduh suami isteri dan terbitnya aura2 negatif. Ini kerana di depan muka pintu tu ada syaitan yang peranannya pecah belahkan rumah tangga. So, cuba amalkan semoga rukun rumah tangga ~ Dato' Dr. Hj Mohd Fadzillah Kamsah

Wallahualam..

Saturday, March 10, 2012

Rendang Palembang Simple Tak Perlu Tunggu Raya

X de cite lain kat blog ni..makan saja ye?? Ni again supaya RAM saya x melupakan resepi yang first time buat ni..untuk rujukan sendiri next time kalau nak buat..

Resepi asal dari kawan baik saya dan seperti biasa saya improvise sikit ikut cita rasa sendiri.

Bahan2:
  • Sekilo daging batang pinang
  • 10 biji bawang merah (bawang merah kecil)
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • Sedikit halia
  • Daun kari
  • Cili padi
  • 1 sudu kecil jintan manis, jintan putih, ketumbar
  • 3 ulas kecil buah keras (mak kata tambah buah keras dalam masakan melayu supaya lemak..x perlu banyak santan. In fact saya guna susu cair sahaja)
  • Kerisik 
  • 1 kotak kecil santan kelapa/susu cair
  • Kicap manis
  • Garam gula secukup rasa

Cara-cara memasaknya
  • Potong daging dan rebus bersama kicap manis, beberapa hiris halia, garam dan gula. Air biar sedikit sahaja jangan macam nak buat sup pulak ye. (Ketepikan)
  • Mayang halus bawang merah dan serai
  • Tumbuk bawang putih, ketumbar, jintan2, buah keras dan 3 biji cili padi (pedas ikut suka)
  • Tumis bawang sehingga naik bau, masukkan serai dan bahan-bahan tumbuk 
  • Setelah garing, masukkan daging dan air rebusan kicap sekali..biarkan seketika supaya daging dan bahan2 tumis mesra.
  • Setelah daging mesra dan empuk, masukkan susu cair/santan (actually rebus tadi biarkan sampai empuk). Yang kali ni nak kasik bawang dan bahan2 meresap ke dalam daging saja.
  • Kacau dan akhir sekali campurkan daun kari, cili padi dan kerisik.
  • Boleh tambah sedikit belacan kalau suka.
  • Memang cili padi tu nampak banyak. Jangan takut kerana ia tak akan pedaskan rendang selagi anda tak pecahkan cili2 tu. Biar sebijik2. Yang kasik pedas sikit tadi dah tumbuk 3 biji bersama bawang putih dan jintan2.
  • Kecilkan api dan tunggu kuah pekat.
  • Biarkan semua mesra dan daun kari tu semua layu dan naik bau karinya dan kuah jadi pekat.
  • Perahkan sedikit air limau kalau suka ada rasa masam2 sikit.  

Sedia untuk dihidang...


Sedap dimakan dengan nasi putih, nasi impit atau roti..

Beza rendang ni dengan rendang hari raya yang super complicated tu:
  • x payah lengkuas daun limau purut or daun kunyit segala
  • kalau rendang super complicated tu bahan2 bebawang, jintan, lengkuas halia semua tu kene blend dengan cili kering but this one x perlu blender dan x guna cili kering. 
  • rendang ni guna main ingredient nya bawang merah kecil tu saja..yang lain2 optional. even resepi kawan saya x guna jintan langsung, hanya bawang merah, bawang putih, halia, serai, daun kari n cili padi..
So this one boleh buat hari2 biasa je x perlu tunggu hari raya sebab bahannya senang2 je dan x perlu lama masa persiapan memasak..X perlulah saya tunggu raya dan sediakan list pjg berjela nak masak rendang tok kegemaran saya..yang ini dah super sedap..

*teringat rendang ayam yang ala2 gini yang kawan saya dulu suka bawak ke ofis kalau raya..dia pun pakai daun kari gini. Now dah x merasa coz dia dah berenti keje. x sempat menuntuk resepi ngan die :-( 


Selamat mencuba dan saya semoga ingat resepi ni untuk dimasak lagi lain kali...