Wednesday, February 1, 2012

Instant Meal # 1: Buttered Prawn & Crab Stick Mee Suah

Hi all,

Saya tiba2 rasa nak share something new with all of you. Actually x de la baru sangat. Dah slalu buat keje gini cuma sebelum ni x masuk kat blog ni. Selain mengepos resipi2 yang janji manismu kata nak kasik resepi last2 gamba aja yg saya upload disebabkan kekangan masa (alasan nak cover kemalasan ye) macan lasagna  ni, saya akhirnya menyediakan satu lagi tag untuk blog ini iaitu instant meals. Yang gini janji resepi x panjang berjela, kalau uols nak try pun sgt simple kacang less than 5 minutes boleh siap punya. 

Ini adalah disebabkan saya lately makan simple2 aja. So bila balik KL barulah masak beriya sikit. Yang penting, saya pastikan menu saya berkhasiat. Insyaallah. Ada masa2 maggie juga..hehe..

Ok for the first menu, tara.......Mee suah seafood yang sungguh sedap kerana asal usulnya adalahlah dari buttered prawn yang x abis..


Cara2nya:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis  2 ulas bawang putih
  2. Tambah sos tiram
  3. Tambah cili padi kalau suka pedas
  4. Masukkan air
  5. Terus leburkan buttered prawn yang tak abis tu
  6. Masukkan mee suah
  7. Tambahkan crab stick 
  8. Tambahkan garam ikut sesedap rasa
(sememangnya gambar itu ada telur dan daun kari yang tidak ditulis di dalam resepi kerana tu semua berasal dari buttered prawn). 

Dalam fridge mmg sgt x de sayur kali ni so x tambah apa2 sayur dalam hidangan lunch saya ini. Dinnernya saya topup buah apple ganti sayur untuk hari tersebut.

Boleh lebur aja sebenarnya apa2 lauk yg x abis jadi mee/bihun sup. Nanti saya experimen dan post. Insyaallah..



p/s: nak tau mana asal usul buttered prawn ni???

Taraaaa......................

Hidangan dari 3 chef diva ;-)

Buttered prawn yang kat tengah tu la buat mee suah ni..