Monday, January 9, 2012

First day of the second semester+my recipe photos

Alhamdulillah masih dikurniakan Allah nikmat hidup di bumi ini dengan keadaan sihat sejahtera dan bahagia.

Seperti azam tahun baru, saya mau mulakan hari pertama di LKY dengan lebih positif dari sebelumnya dan juga cuba muhasabah diri untuk lebih dekat kepadaNya..mencari redhaNya dan memohon untuk dijauhi dari lalai melupakanNya..

Sepanjang perjalanan dari KL ke SG semalam saya mendapat ilmu yang berharga. Antaranya berbual dengan seorang wanita yang saya rasa amat berjaya careernya di dalam bas dan layan blog kawan2 dan bloggers yang saya follow yang dah lama saya x blogwalk. Sedang baca2 blog tu, saya sangat tersentuh dengan luahan rasa seorang student malaysia di luar negara tentang motivasi dirinya. Keadaan yang diceritakannya sangat sama dengan apa yang saya rasa dan saya sangat bermotivasi membaca tulisannya. Akan saya cerita lanjut berkenaan itu suatu hari nanti..

Sebagai gamba hiasan, layan nasi ayam yang saya masak sebelum pulang semalam esp sup ayam untuk anak tersayang and ayam goreng yang kalau boleh sampai garing kering utk suami tersayang ...



Saya juga ingin sangat nak share cerita first time buat lasagna di kampung tapi masih tiada kesempatan. Sementara itu layan gambarnya ajala dulu ye.. Niat nak share resepi tu bukan apa supaya saya ingat dan boleh refer balik kalau dah lupa camne nak buat. Maklumlah bukan selalu masak :-) dan semoga mak tak menyampah setiap kali nak masak call mak tanya resepi yang sama berulang kali eg. nak buat sambal nasi ayam and pajeri terung. Bukan niat untuk show off ya..nauzubillah mintak dijauhkan Allah dari riak dan takbur..hanya sekadar untuk panduan diri sendiri dan berkongsi resepi kalau ada yang sudi..Insyaallah nanti saya buat entry resepinya..



ni saja2 suka tambah cheese sauce untuk melipatkaligandakan kegemukkan :)