Monday, June 18, 2012

Jalan-jalan Indonesia: Bandung(2)


Hi all,

Hari ni kita sambung dengan Bandung trip part 2. Yang pertama tu kat sini ye bagi sesiapa miss. Dari rumah kawan di Subang, kami ke Tangkuban Perahu. 

Sepanjang perjalanan kawan kami cerita salah silah Tangkuban Perahu. Menarik juga dengar cite die tu. Puteri raja, Dayang Sumbi kawen orang kebanyakan yang ada kuasa, suaminya jadi anjing sebab kene sumpah dengan ayah Dayang Sumbi. Bila dah jadi anjing kene bunuh pulak dengan anak sendiri pulak sebab x dapat hasil buruan dan si anak x tahu yang anjing itu ayahnya. Si anak yang bernama Sang Kurian kemudian kene usir dengan ibu sebab bunuh ayah (anjing tu). Dipendekkan cerita lepas bertahun2 Sang Kurian jumpa Dayang Sumbi dan jatuh cinta dengan mak sendiri. Dayang Sumbi ni ada kuasa awet muda sbb tu x tua2 sampai anak sendiri suka kat mak die sebab cantik. Then Sang Kurian marah2 sbb mak die x nak terima cintanya dan dengan kuasanye tendang perahu sampai tutup bukit tu jadilah Tangkuban Perahu or boleh kita kata perahu telangkup. ;-)

Kalau x caya cite saya ni baca myth dari Wiki ni ye:

The name translates roughly to "upturning of (a) boat" or "upturned boat" in Sundanese, referring to the local legend of its creation. The story tells of "Dayang Sumbi", a beauty who lived in West Java. She cast away her son "Sangkuriang" for disobedience, and in her sadness was granted the power of eternal youth by the gods. After many years in exile, Sangkuriang decided to return to his home, long after the two had forgotten and failed to recognize each other. Sangkuriang fell in love with Dayang Sumbi and planned to marry her, only for Dayang Sumbi to recognize his birthmark just as he was about to go hunting. In order to prevent the marriage from taking place, Dayang Sumbi asked Sangkuriang to build a dam on the river Citarum and to build a large boat to cross the river, both before the sunrise. Sangkuriang meditated and summoned mythical ogre-like creatures -buta hejo or green giant(s)- to do his bidding. Dayang Sumbi saw that the tasks were almost completed and called on her workers to spread red silk cloths east of the city, to give the impression of impending sunrise. Sangkuriang was fooled, and upon believing that he had failed, kicked the dam and the unfinished boat, resulting in severe flooding and the creation of Tangkuban Perahu from the hull of the boat.

Sama kan citenye??? Ok la mari layan gamba..

Kawah gunung berapi yang kaya dengan sulfur yang katanya baik untuk kulit esp yang kudis2 tu



Tengok saja tau, jangan beli..tu la kata Dhani..slamat dengar cakap




Kat tempat2 tarikan pelancong ni memang ramai yang berjualan barang2 souvenir. Kalau nak beli kene tawar betul2..kalau tak cekik darah..Mak saya beli angklung kat Tangkuban Perahu ni dari 300,000 rupiah turun jadi 250,000 turun jadi 200,000 saya kata kalau 150,000 saya beli dia x mo jual gak. Last2 rasanya 170,000 kot. Dekat half price kan dari yang asal tu? Yang lagi best kawan saya tu cam berkenan gak last2 die beli kat pasar dekat pekan dengan harga 120,000 rasanya lepas tawar..50,000idr (kira2 RM16) tu beza..

Dhani time ni sangat protective. Dia dah tau orang sini jenis paksa2 ikut kite selagi tak beli, dia jerit2 marah orang jual tu dgn dialog die "X nak X nak..Mama x de duit!!!" Die start dialog ni time kat Borobodur time kene kerumun dengan orang jual key chain tu...kesian dia sampai pegang saya kuat2 sebab takutkan orang2 ni. Ni sample video die kata x nak tu. But this one dia cume kata x nak x de dialog mama x de duit la..


video

Yang ni video lagu Isabella dimainkan pakai angklung..

video


Kami x lunch di Tangkuban Perahu dan x juga pegi ke few kawah yang lain seperti kawah Dolmat. Actually ada few stops sebelum sampai ke puncak dan rasanya ada kedai2 makan juga. Jadi kalau anda ada banyak masa boleh try lawat kawah2 yang berbeza. Kami lunch di pekan Lembang dekat satu kedai nasi ayam yang best...dekat area pasar tapi x ingat la kedai nama apa..sorry. Mak pun beli avocado kat pasar area situ.

Ok la itu saja cite di Bandung. Kesimpulannya saya rasa wajib shopping, wajib ke Tangkuban Perahu dan kalau rajin boleh buat outbound activities..Memang syok...kecuali macet je yang x syok..

Tips saya la kan kalau nak pegi Bandung ni..

  1. Tentukan itinerary (jadual) based on number of days dekat sana. The best 3 hari 2 malam. 2 hari 1 malam pun ok cume masa terhad sikit nak explore outskirt Bandung. Kalau shopping saja ok 2 hari 1 malam.
  2. Pilih hotel betul2 dekat shopping area so boleh balik hotel kalau penat, minum2 mandi letak barang ke then sambung shopping lagi sampai pengsan. Hotel dekat ni penting especially for those with small kids. Macet di jalan buat kita rugi masa kalau hotel jauh dari tempat shopping. Tempat shopping scattered kat area Jalan Riau, Jalan Dago dan Rumah Mode tu tersorok sorang2 kat Jalan Setiabudi. 3 hari 2 mlm yang saya cadangkan – Satu hari full day shopping, then next day boleh sambung shopping kalau x cukup shopping then harus pergi ke Tangkuban Perahu. Rugi kalau pergi Bandung x pegi Tangkuban Perahu. Kalau nak lebih advanture, 2nd day jangan tidur di bandar Bandung, pegi ke area Subang, tanah tinggi tea plantation area, duduk di hotel or resort2 tanah tinggi tu ada hotspring dan sape suka jungle tracking, canopy walk memang byk resort2 kat situ ada semua ni. Permandangan memang sangat cantik dan suhu sejuk tanah tinggi. Memang aman damai lain dari bandar Bandung yang bz dan jam tu. 
  3. Kalau setakat ada satu malam, plan btol2 nak shopping apa dan list down tempat2 nak pegi tu ikut jalan mana supaya jimat masa. 
  4. Kalau dah nampak yang berkenan tu amik je kalau nak compare2 banyak tempat takut rugi masa nak pegi smula tempat awal tu kalau at last x de benda yang dicari dengan harga lebih murah.
  5. Dapatkan driver yang betul2 familiar dan tau nak advise tempat2 yang hendak dilawati.
  6. Tukar rupiah cukup2. Kat Bandung ada satu money changer besar tapi sangat ramai orang!!!!!!!!!!!! X de banyak money changer di merata tempat. 
  7. Yang paling penting, time nak book flight, make sure baggage allowance cukup tau. Nanti shopping banyak2 excess baggage pulak..Untuk kami, pergi saya amik 20kg for me and 15kg for my mom. Ni extra free space 12kg. So actually boleh amik 30kg je or 25kg. Ni termasuk baju Dhani  dan perjalanan panjang kami termasuk baju sejuk ke Mt. Bromo, extra kasut untuk mendaki Mt. Bromo (Ni saya cite nanti ye) dan dan ration (maggi, 3 in 1 drinks, biskut yang sangat banyak) untuk bekalan kelaparan di luar waktu makan utama. Balik 30kg for me and 20kg for my mom. 3 luggage besowww..Just nice. Balance weight dlm 6kg je gitu..hehe..dengan mak saya beli angklung segala mmg berat brg2 kami..
  8. Sapa suka avocado sila beli banyak2 kat pasar or tepi jalan sebab kat Indonesia ni murah nak compare Malaysia sgt mahal. Beli yang belum masak sangat yang tahan 3-4 hari. Buat avocado ice blended sedap woo...Cam ni..

seperti biasa sengetkan kepala


 Coffee Avocado ice blended... 
Sangat creamy!!!!!

OK maka berakhirlah cite jalan2 Bandung. Nanti saya start cite balik smula dari Surabaya-Mt. Bromo-Solo-Yogya-dan last skali Jakarta..See u soon...

Nani n friends..Have fun at Bandung!!!!! Jgn lupe belikan Prune layer cake Kartika Sari dan telekung santek cam akak belikan mak tu yek ;)

4 comments:

  1. wahhh udah samp BDO kamu ya..bestkan..kitorg pon aritu 4ari3malm pon rs capek giler kn tamatkan FO's kt sane lagi,hahahah

    ReplyDelete
  2. wah..dah update dah trip to Bandung ye ;)

    sgt cute Dhani cakap "mama takde duit" cuteenyee dia

    Betul, agree with you about hotel kena dekat dgn tmpt shopping sbb nanti x penat travel + jln macet bangat tu kan?

    ReplyDelete
  3. akak.. saya nak pegi ke bandung nanti.. 3D2N jugak.. saya tak sure nak susun itenary saya.. kalau dari bandar bandung ke tangkuban perahu ambik masa lama mana eaa..? pastu seelok2nya spent masa lama mana ? thanks akak :D

    ReplyDelete
  4. akak.. saya nak pegi ke bandung nanti.. 3D2N jugak.. saya tak sure nak susun itenary saya.. kalau dari bandar bandung ke tangkuban perahu ambik masa lama mana eaa..? pastu seelok2nya spent masa lama mana ? thanks akak :D

    ReplyDelete