Sunday, December 25, 2011

Debaran pertama berakhir

Dah 3 minggu cuti, tinggal lagi 2 minggu...huhu xsanggup rasanya nk mula smula belaja mcm nk mam***. Tapi x pe la, ini yg ku mahu, so harus diteruskan. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Sepanjang 3 minggu cuti ini saya hanya duduk di kampung selama seminggu sambil ke hulu ke hilir meneman mak ke sana sini dan sangat menghargai masa berkualiti itu sbb spjg dah kerja mana pernah cuti dok bawah ketiak mak selama seminggu kan.

Lepas tu dah balik kl, selama 2 minggu saya menjadi ular sawa dok berhibernasi di rumah bersama budak bulat Izz Dhani sampai budak tu dah x nak school. X tau la camne nak hantar Dhani ke nursery Jan ni. Sebelum cuti mcm2 plan nak buat itu ini tapi akhirnya x buat pape sgt pun. Paling tidak hantar papa work, amik papa (kalau dah tahap bosan sgt), gi shopping ngn dhani, g opis lama dok sebok2 lunch ngn member2..(serius gua boring k tau nak buat apa). Sebenarnya banyak bende nk plan nk buat tpi x sampai 20% pun buat. Cuti tinggal 2 minggu. OMG!!!

Dan akhir kata, x kuasa la nak pk lagi. Just enjoy hari2 yg ada dan hajat2 yg x tercapai tu postpone summer break pulak nanti la. Boleh gitu???

Next week, still ada few series of lunch date ngn kawan2 n jadi tourist guide bawak fam jalan2 kl then finally we will go some where not to far not to close from KL for Dhani's 3rd birthday. Tapi kali ni x buat party la. Just celebrate ngn fam je.

Oppss girls and boys jgn lupa picnic plan kita nanti. Menu lom decide ni. Nx week i buzz uols lagi k..(ala2 belated double bday Izz Iskandar and Izz Dhani di taman botani).

Tajuk entry x sama ngn isinye kan? Apa debarannya??

Alhamdulillah result first sem dah keluar. Serius sy sgt takut ok mcm nak pengsan tunggu hari keluar result. Waktu mid term dah siap nangis2 ngn hubby coz time tu econs dpt c woo..mula2 ingatkan dah nk fail coz mmg haprak x reti buat. Bila dah final lg nk mampos punya susah dah rasa x cukup oksigen nak nafas sbb sgt takut if fail econs and cap below 3.0 kene menjawab surat cinta utk scholarship. Pass grade 2.75. Mau x sesak nafas ngn carry marks econs C+ and final exam mcm lagi x cerah masa depan. Ok la actually subject lain x risau sgt mcm econs sbb tu sy cite psl sakit jantung econs je yek.

Akhirnya hubby yg checkkan result sambil saya dah terjerit2 takut nk dengar result. Dhani dah terkebil2 x paham napa mama jerit2. Papa just ckp "dhani dok diam2 mama sakit". Haha!! Mmg time tu dengan telekung baru lps smyg zohor dok atas katil, tutup telinga kaki melunjur mcm org sakit. Sambil tu sebnarnya saya doa semoga Allah kuatkan semangat semoga saya boleh terima hakikat kalau result x seperti yg saya harapkan.

AKHIRNYA...alhamdulillah syukur econs final grade dpt B. cukupla tu. Lebih baik sangat dari yg saya dok takut fail. Overall result cukup2 mkn lps utk maintain scholarship utk sem2 seterusnya. Hidup di NUS mmg insecure setiap masa dan saya seumur hidup x pernah sgt takut time nk dapat result exam mcm ni. Semoga sem2 depan lebih baik dan bukan sekadar pass cukup makan mcm sem ni.

Tapi memandangkan status saya yg bukan lah single dan terpaksa berulang alik sg-kl-jb-bp dengan sangat kerap, ditambah godaan2 yg sangat kuat utk brlajar di sg dengan homesick, emosi x stabil segala dan bila blik kl dugaan utk bukak buku tu amatlah kuat...saya dah syukur sgt dengan apa rezeki yg Allah beri. Saya x nak la aim terlampau tinggi. Cukup sekadar lulus dan x la terlalu border line lulus (haha begitu rendahnya aim saya kan). Tapi cukuplah dari mengimpikan sesuatu yg terlalu tinggi jika tak tercapai sgt kecewa nantinya.

Semoga Allah terus berikan kekuatan untuk melangkah pulang ke SG menyambung kuliah seterusnya dan berjaya menggenggam segulung ijazah bila tiba masanya nanti dan semoga keluarga yang tercinta dan rakan2 setia di sg, kl, jb dan di mana jua yg selalu membantu secara fizikal dan emotional (kasik pinjam lecture notes klau x paham, diskus2, gossip2, punching bags dan tempat menangis, tempat meroyan...huhuhu..) semoga kalian semua yg saya sayang sentiasa dilindungiNya dan terus menyokong saya. Semoa kalian dimurahkan rezeki dan bahagia selalu kerana kalian buat saya bahagia dan lapangkan hati saya dengan sokongan kalian ketika saat2 memerlukan. Insyaallah..

Allahdullillah Ya Allah..Jadikanlah aku insan yang bersyukur dan berterima kasih Ya Allah. Jauhilah ku dari sifat riak, takbur dan tidak bersyukur dan sentiasa meminta yang lebih Ya Allah. Tidak semua yang ku mahu itu baik buatku, dan x semua yang aku x mahu itu x baik untukku. Redha kan lah aku Ya Allah pada ketentuanMu. Sesungguhnya percaturanmu itu maha Adil cuma aku yang belum mengetahui apa yang telah kau tulis untukku.

Thursday, December 8, 2011

Aktiviti Cuti sekolah

Adik cuti sekolah, kakak pun cuti semester. Dhani lagi best cuti nursery jugak sebulan dok berkepit dengan Amor (time mama lom abis exam) dan sekarang berkepit dengan Mama tapi x nak lepas Amor (neneknya). Mama sangat susuh hati tapi redhakan je la..Sikit2 Amor, sikit2 Amor, pastu asyik nak balik rumah Atok!!! Bila tanya Dhani x nak duduk dengan mama ke?  dia x geleng x angguk tapi dia cakap "Mama duduk dengan papa la"..What do u mean anak??? Siap x nak mandi kat rumah sendiri sebab x de bathtub macam rumah Amor nak main bubbes (bubbles).. So akibatnya kat umah sendiri x de bathtub masuk baldi..



* sorry la ye. Saya memang benci btol kalau dah rotate gamba kuar kat sini masih x btol..Kesan calar balar scar itu adalah deraan si nyamuk ye..bukan deraan mana2 manusia :-)

Mama sedang melawat2 blog2 kegemaran dan semoga akan kembali berbelog semasa cuti ini. I want to share my first lasagna with u readers.. I want to visit Johor Premium Outlets (JPO) too..Wait aaa..I will write bout them..