Monday, August 22, 2011

Lovely Roses

Saya ada hobi baru iaitu menjaga pokok bunga ros. Dibeli sebulan yang lalu di Ikea. Alhamdulillah dah 2nd blooming. Semoga roses terus membesar dengan subur ya. I love u roses like my adopted son here coz my Dhani is not here with me. Thanks to my house mate too for watering them while I am away meeting my real son. :-)

Now



When we first bought it from IKEA


Sunday, August 7, 2011

Resepi Teri Kacang @ Sambal Goreng Indonesian style

Kerana housemate saya di campus adalah Indonesian, saya telah belajar satu resepi yang sangat sinonim dengan sejenis makanan malaysia iaitu sambal goreng. Nama indonesianya teri kacang. Teri tu sebenarnya nama ikan bilis kecil (nama malaysia ikan bilis jepun kot) macam pricetag dari Hero supermarket. Beza sambal goreng ni sbb mereka guna ikan teri ni (teri medan) dan tempe dipotong kecil dan kentang disagat halus. Sambal goreng ini juga menggunakan suhun (yang macam bihun tu).

Okla, let's the photo explain the look ya..

Teri kacang @ Sambal Goreng

yang ini tanpa tempe dan kacang
ditambah tauhu

Bahan-bahannya:

Bahan A

1) Kentang disagat halus  
2) Suhun
3) Tempe
4) Kacang tanah
5) Ikan bilis jepun (teri medan)

*Bahan-bahan ini digoreng

Bahan B

1) 3 ulas bawang putih
2) 1 biji bawang besar
3) 3 tangkai cili merah
4) 2 batang serai (potong halus)
5) Cili kering (dikisar)
5) Air Asam Jawa
6) Kicap
7) Minyak masak

Cara-cara
a) Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang, serai dan cili merah hingga garing. Asingkan.
b) Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing. Tambahkan air asam jawa
c) Tambahkan garam dan gula sesedap rasa.
d) Masukkan semula bawang2, cili merah dan serai yang telah diasingkan tadi.
e) Masukkan bahan-bahan A. Gaul sebati.
f) Tambahkan kicap sesuka hati (dalam resepi indonesia x de kicap tau). Saya je suka-suki tambah

DONE!!!!