"Macet"!!!!!!!!! I sungguh tidak tahan u..Naik taksi dari airport ke hotel konon2 45mins end up jadi nearly 2hrs..gilak....mula2 konon2 bual2 ngan supir (betul kan indonesian words I ni?kalau tak betol tutup mata je la..bisa juga komen betulkan ibu yak...). Pastu boleh I tertido. Bangun2 je mcm takut je. Karang dia bawaknye kita ke mana-mana. Tapi driver taxi tu nampak baik. Dari perbualannya pun nampak baik. Isterinya 4 tahun keje di M'sia.
1st day and 2nd day sungguh hectic. Yestesday touched down around 3pm, sampai hotel 5pm, dinner sampai 11pm..(dinner sambil briefing dengan bigboss). Tido jam 1230pm.
2nd day (today) bangun 6am coz nk kene iron baju, amend sikit presentation to add some indonesian elements to catch the audience's attention..830am sudah mula acara.. jam 6pm habis kerja (success dan beres kiranya kerja hari ini), dinner with friends, balik hotel naik taksi sorang2 coz I konon2 nak jalan2 sikit nak shopping sikit. My friend balik dulu. Independent la konon. Lagipun hotel dekat je. Naik taksi Rp 5,000 (RM 2) ya..sangat murah taksi "Blue Bird" tau..haha sangat suka naik taksi di sini. murah..
This time tak shopping sangat cuma belikan Dhani dan Auf spender Cars and Spongebob, baju Thomas ngan Thomas jugak ngan Cars jugak. Diri sendiri tak beli pape. Tak gaji lagi woo. Belikan mak clutch cute bila compare harga jauh lebih murah dari clutch yang I usha kat sogo last week. Kualiti sama. Murah dekat more than half price. Baju2 kanak tu tak de la murah sangat. Tapi ntah la beli je la untuk Dhani.
Baju dan spender Dhani
Apa hal semua kaler merah putih I pun tak tau.
Clutch mak dan hair clip saya.
Barang 3 ni kira murah. Accessories pompuan kira murah kot..
Sapa suka belt2 besar tu memang murah kat sini.
Itu saja hasil tangkapan tak seberapa ni ya. I pokai U. Sorry ofismate this time tarak souvenirs. Lagikan HRC Jakarta. Kat mana pun I tak sempat survey.
Cite sedih (sila tukar mode ya readers)..
Sambil tulis blog ni sebenarnya I sambil layan skype Dhani n Papa.
Cite skype dulu lebih menyayat hati sebenarnya. Please note that now is 1230am dan I skype dengan Dhani n Papa since 11pm++. Bila Dhani nak tido, biasa la dia cranky. The rest, hubby kata dia behave baik sekali. Ye la dah umur 2 tahun kan, papa bawak makan kedai mamak makan nasi goreng kampung pedas (WALAUPUN MAMA DAH MASAK SIMPAN FROZEN STOCK UNTUK 2 HARI...MARAH NI PAPA!!!). Kat rumah main2 sampai tido. Susu botol baik walaupun masih mencari ami (breastfeed) tapi boleh control la. Tak la meraung mcm kene tinggal time kecik2 dulu (less than 2 years).
So ni gambar video snapshot skype Dhani tengah merajuk nangis nak tido. Bayangkan hati ibu dengar anak nangis nak tido sedangkan kita jauh beribu batu darinya. Then sambil2 tu saya pujuk2 dia suruh tido dengan papa elok2, esok mama balik..bla3!!!.. Last2 lepas bacakan ayat kursi, doa tido mcm biasa, Dhani berenti nangis dan tido kat comforter. (Ini scene sebelum papa angkat tido dalam bilik la ni). Mama perasan (masuk bakul angkat sendiri) konon2 nasihat remote dari jauh berkesan berenti kan anak dari nangis dan tido (maybe it's true, who knows?) :-) Tapi yang sedihnya hubby kata dia tak nak susu. Memang nampak pun kat video dia tertido lepas tepis2 tak mo susu. Kesian Dhani..kurus lagi la tu.
Dhani, this is the price that a working mother like me has to pay in raising you dear. Harga menahan sedih setiap kali tinggalkan Dhani. Walaupun sekejap, rasanya amat dalam. Lagi bila dengar Papa kata Dhani asyik tanya mama ane(mane)? 10 kali papa kata mama work, Dhani tetap tanya jugak. Mcm mana Dhani selalu tanya mama Papa ane? Walaupun papa masuk toilet je pun nak tanya 10 kali. So I bet that u asked papa more than 10 times la kan? Sebab mama tak keluar2 pun dari toilet kan?
Time ni tengah nangis merajuk then mama cakap2 pujuk Dhani
Akhirnya lepas baca doa Dhani pindah tempat tido dan berenti nangis
Still tak mo susu pastu tertido terus..
How I wish I can be by your side all the time, Izz Dhani. Tapi kalau mama 24/7 dengan Dhani, mama tak dapat nak beli Dhani spender Spongebob and baju Thomas :-) Nanti papa kata wasatiah, wasatiah Mama :-( As I always promise u dear, please pray that one day I'll be by ur side more often. Even though at that time u are no longer my sayang
iyak ucuk jalan keng kang. Mama want to cook for you more often, especially everytime you come home from hostel, order nak makan apa like I did to your Amor long time ago. Amor tak kerja boleh la mama order nak makan apa tiap kali balik hostel :-) Bayangkan la kalau Dhani balik dari hostel cuti seminggu then mama outstation? Tak memberontak ke anak remaja tu? Sapa mau jawab? Waktu tu beli spender Thomas pun tak de makne. I can't imagine if that happen to me and Dhani n adik2 Dhani. I want to send you back to hostel like Atok and Amor did (tak kira jauh mana pun hostel Dhani) dan selalu dengar cite2 Dhani, mungkin cite gilpren ke waktu tu. At that time kalau boleh ur adik2 tak la kene tinggal mcm
Dhani yang mama tinggalkan seawal umur 4 bulan :-(
Dear my
uyung tatak uwaa, my tears started to drop. Aiyaa..I dun like...I'm too emotional now. So better stop sebelum banjir, mata bengkak then besok kene kerja lagi. Now I recalled my friends words "Jakarta n KL is not far, but when u r alone here, u feel so lonely" :-( At least I know that I'm leaving very soon. Orang tengok best keje overseas. But deep inside hanya tuhan yang tau..