Saturday, December 18, 2010

Prawn and Broccoli Spaghetti with Cream Sauce

Ini resepi dari kawan saya Mar yang kami makan kat umah dia time raya lepas (ye ke Raya Mar?). Main ingredient dia sama cuba bahan2 rencah je di pelbagaikan. Resepi ni super pantas untuk masak makan malam hari bekerja.



Ni si kecik punya..

Bahan-bahan:
  1. Spaghetti
  2. 3 ulas Bawang putih
  3. 3 ulas Bawang merah/ 1 biji bawang besar
  4. Halia
  5. Cili padi (kalau suka pedas)
  6. Lada hitam
  7. Prego cheese and herbs spaghetti sauce
  8. Sos tiram
  9. Garam gula
  10. Parmesan cheese (optional)
  11. Bahan-bahan rencah : Udang/ayam/cendawan/sayur2an  

Cara masak:
  1. Celurkan spaghetti dan asingkan
  2. Tumis bawang, cili padi dan halia
  3. Masukkan cendawan (chitake/button)
  4. Masukkan sos tiram
  5. Masukkan sos spaghetti Prego
  6. Masukkan lada hitam
  7. Tambahkan sedikit air
  8. Tambahkan garam dan gula secukup rasa
  9. Tambahkan parmesan cheese (optional)
  10. Masukkan sayur dan udang/ayam/lain-lain bahan ikut suka

Tips: Untuk udang tak berair, masak dulu udang separuh masak biar keluar airnya. Buang air dan masukkan udang saja dalam spaghetti ni bila kuar dah menggelegak. Tak perlu tunggu lama nanti udang over cooked tak sedap.

Wednesday, December 15, 2010

STF boy

Did you still remember STF vs SIGS? Today, this STF girl yang tak cukup umur tapi dah fanatic facebooking telah upload gamba2 budak jantan overacting menarik perhatian gadis2 di STF JB...







 





Boleh tak korang teka apa satu persamaan dalam semua gamba ni? selain baju,selaur, kasut dan actor yang sama?

p/s: for "teteh"..good luck for your second year in STF in S class..haha..sapa soh pandai2 sgt..jangan book no last sudah yek..

Friday, December 10, 2010

I wish I could...

....update my blog as promised. Where my rendang n pulut kuning? Where my laksa for Maal Hijrah meal and other "my recipe" entries??Kata minggu makan2 kan? Last2 1 entry je tak gerak2 minggu ni.

Aiyoo..maafin gue..I'm reaching January deadline. So segala kehendak hati untuk update blog kene kawal2 sket. BW pun ala2 suam2 kuku..

I'll bring you more story soon n Trolak here I come. Mcm best je Felda Residence. Never been there before.

I miss to bebel a lot here but I just can't!!!!

Tuesday, December 7, 2010

Wantan Mee Kicap Ayam Panggang...Wantan Mee Kicap Daging Panggang

Mari kita bercerita pasal makan lagi dan sila bersedia untuk paparan cerita makan untuk minggu ini di littlesharingspace. Sekarang ni di dapur sedang harum semerbak rendang daging untuk dimakan bersama pulut kuning. But that one later ya. Di sini saya nak share menu yang first time saya cuba. Wantan mee..

Wantan mee dengan daging panggang
sayur2 ikut suka hati ye..Alfafa, carot dan cherry tomato 
Yang ni wantan hijau spinach sebab tu kalar macam kelabu asap


Wantan Mee dengan ayam panggang madu
Dimakan bersama fishcake, tauhu,sawi dan taugeh
Yang ini wantan kuning

 
Wantan mee ini dihidangkan dengan sup
yang ini sup fishcake

Untuk Wantan Mee Kicap

Bahan-bahannya:
  1. Wantan mee  yang telah dicelur (hijau atau kuning)
  2. 2 ulas bawang putih
  3. Sedikit halia
  4. Cendawan chitake - optional
  5. Air rebusan ayam/daging (guna sup pun boleh)
  6. Kicap manis
  7. Kicap masin
  8. Kicap pekat
  9. Minyak bijan
  10. Serbuk lada putih / lada putih yang telah dikisar
  11. Sos tiram
  12. Garam gula secukup rasa
Cara-caranya:
  1. Tumbuk bawang putih bersama halia
  2. Panaskan minyak bijan dicampur sedikit minyak makan (saya tak berapa suka rasa minyak bijan ni. Kalau anda ok tak perlu campur minyak masak
  3. Tumiskan bawang putih dan halia, tambahkan cendawan (chitake ini memberi rasa yang istimewa kepada masakan, saya suka tambah chitake kat makanan2 yang sesuai selain buat mushroom soup)
  4. Tambahkan sos tiram dan semua jenis kicap ikut rasa. Tambah garam gula
  5. Tambahkan sup atau air rebusan ayam/daging (tak perlu banjir sangat nanti kembang pulak mee. Kemudian pun nak makan dengan sup juga)
  6. Masukkan wantan mee. SIAP!!!!
  7. Taburkan bawang goreng ketika dihidang
Untuk ayam/daging panggang
  1. Cara-cara: Perap ayam/daging dengan kicap pekat, bawang putih, sos lada hitam (untuk daging), madu (ayam), paprika dan apa saja bahan-bahan marinade yang anda suka. Tambah garam.
  2. Panggang atas grill pan..
Untuk sup dan sayur-sayuran
  1. Rasanya semua orang reti kan? Masak sup kosong/ayam/daging macam biasa. Tapi tak perlulah herba-herba tumis segala mcm nak buat soto tu. Buat sup simple dah cukup
  2. Tumis bawang2, masuk air tambah rempah sup, ayam/daging, air, garam..
  3. sayur-sayur celur, tauhu goreng...SIAP!!!

Harus si kecik banyak isi dari mee
pastu dia kutip semua tinggal sayur..
aiyaaa sudah picker eater ini budak..

Sunday, December 5, 2010

From Breasrtfeeding to Bottle Feeding

Saya hanya berharap Allah mengampunkan dosa hambanya ini yang selalu membazir. Baby yang kurang bernasib baik, ada yang tak minum susu pun disebabkan kejahilan ibu tidak menyusukan anak dan keluarga tidak mampu membeli susu formula. Toddler perasan baby  suka-suka je tipu mama kata nak susu last2 suruh mama minum susu dia, pastu dia nak minum milo mama yang mama letak Anlene. Dunia sudah terbalik ke anak?

Dhani semakin kurus lepas demam minggu lepas. Nanti kalau Amor Dhani (my mom) datang, mesti mama yang kene skolah tak kasik Dhani makan ke? tak kasik Dhani susu ke? Dhani tak cukup tido ke? Slalu tido lambat kan? In fact yes mom, bab tido tu kadang2 betul. Malam tadi Dhani dan papa tidur I dun know what time yang penting lepas 1230am coz saya tido dulu. Time I masuk tidur was around 1230am.

Jenuh dipujuk, yang confirmnya Dhani memang tak mau FM di rumah kalau mama ada, kadang2 mama tak de pun x nak gak. Dhani masih hanya suka BM yang ntah apa adanya dengan mama yang sudah tidak konsisten mengepam. Ini menyebabkan Mama selalu letih Dhani sayang. Malam tido tak cukup sebab Dhani ami too long. more than an hour sometime. From left to right.. 360 darjah (i tak tau la camne nak type "" kecik untuk degree tu). Pelbagai aksi dan hanya mengharapkan rezeki ke mulut dengan mata pejam, bukan membanting tulang mencari rezeki.

Bila buat "cucu lolo" (susu milo) macam Amor nasihatkan, minumla sikit. Sebab mama masih letak gain plus awak tu. Kalau "lolo" mamak yang pakai susu manis tak sihat tu, awak siap berebut dengan papamama dan minum habis dekat 1 gelas ye. Instead of order 2 drinks, now we need to consider 3 or 4 including air suam. Sebab sayangkan awak Dhani, papamama  terpaksa lupakan ice drink favourite masing2. No big deal for me sebab mama pun memang dah kurangkan ice semenjak lahirkan Dhani. Tapi kesian papa. Semuanya sebab awak Dhani.

Now Dhani dah bangun, mama kene stop bebeling  here sebab Dhani nak tengok "teten" (ipinipin) setiap kali nampak laptop. Apa-apa la anak. Dan Dhani pun suka ikut "pe nanan". suka ikut orang cakap. But when he say anak alone it will sound perfecly as "anak".

Happy Sunday all. 





Friday, December 3, 2010

Russia Wins 2018 FIFA World Cup Vote, Qatar next for 2022

Mata sangat ngantok but I think that I should write something in this space which I left without any new post for the past few days..You know why la kan...I am such an inconsistent blogger. hehe. But I do blogwalking everyday tau, even though on limited numbers of blog..maafin gue..

Bersuamikan football fan, tak pasal2 saya kene amik tau pasal bola. So good luck to Russia and Qatar. Just if we have a chance to be there watching the matches..