Monday, November 29, 2010

Asma Allah

Selalu kalau tengok Astro Oasis, saya suka sangat tengok video clip All White ni. First time dengar lagu ni time tengok Jejak Rasul this year.



I'm looking forward to welcoming a new year, Awal Muharram 1432H with a long wish list and new year resolution. Mari bersama-sama menanam azam untuk tahun baru sambil menyelesaikan azam tahun ini yang masih ada dekat seminggu untuk dilaksanakan. Amin..

I wish I can start my resolution from 1st Muharram 1432H  instead of 1 Jan 2011, the day when my boy turns 2..

Sunday, November 28, 2010

Diet...Psycho!!!!!!

Setelah melantak Cheezzzzeee Pizza yang saya sangat teringin nak makan, saya terbaca pulak yahoo ad tentang diet2 ni, dan terus membaca link ke link ke link ke link dan lagi...lagi tanpa henti sampai pengsan sampai tak larat nak copy paste link..Sampai menyesal rasa cam nak lari 10km..

Inilah dianya yang menyebabkan saya menyesal tapi suka hati riang ria kerana hasrat telah tercapai nak makan pizza ni..


Pizza Hut Extreme Cheesy 6 Pizza 

So kita mulakan hari esok  dan minggu seterusnya dengan diet yang lebih menginsafkan sebelum terus menerus menyesal tarak guna..

Saturday, November 27, 2010

Mary Kay Product Review

Saya sekarang ni dah guna product Mary Kay lepas kene pengaruh dengan adik saya (Nani). Bukan setakat saya malahan 1 family (yang pompuan). Mak dan adik pompuan saya yang third pun (Mimie) pakai Mary Kay. Ni semua Nani punya pasal la..Cuma adik yang form 1 je belum lagi. Tak tau la kalau dah form 3 dia gatal nak pakai jugak.

me and mimie @ mimie's engagement 3rd raya this year
see my eye bags..teruk kan?

nani n mimie

Bila dah dekat sebulan pakai, saya rasa best. Selalu adik saya (Nani) tanya ada rasa perubahan tak? Untuk kulit muka saya yang tak sangat berjerawat, saya tak de la rasa apa2 beza sangat cuma rasa kulit makin bersih, moisturized dan everytime lepas pakai mask memang rasa kulit tegang (firm bukan tegang mcm ketat tu), skin tone makin cerah dan bersih. 

Sekarang saya lebih disiplin untuk amalkan penjagaan kulit yang basic: remove makeup, cleanse, refresh (tone), and moisturize setiap hari tanpa gagal. Untuk eye care, saya tak pernah miss lagi untuk 1 bulan ni apply soothing eye gel dan eye revitalizer untuk mata saya yang sangat teruk eye bags dan dark circles. In fact, mata saya secara keseluruhannya pun dah memang hitam dan lebam. Alhamdulillah dah dekat sebulan ni saya rasa mcm better sikit dah kelabu asap tak itam sangat. Wrinkles tu saya tak kira lagi dah kurang ke tak..hehe..sure amik masa tapi saya akan teruskan. Not yet 30 tapi skin condition mcm nenek kebayan dah. Kawan adik saya, dah dekat 45 muka cam 20++.. tak de wrinkles or dark circle langsung..uish jeles u..

Banyak lagi nak review ni tapi masa tak mengizinkan, si kecik dah bangun, nak jogging setempat ni. :-) Saya akan buat review lagi bila saya buat 2nd order nanti dalam next month mungkin. banyak product yang best2 saya nak cerita.

Botanical Customized Skin Care + Hydrating Moisturizer 

Timewise Targeted Action Eye Revitelizer 
Indulge Soothing Eye Gel

Timewise Targeted Action Eye Revitelizer ni untuk orang yang betul bermasalah eye bags dah dark circles. Saya memang kene pakai ni lepas kawan adik saya (senior Mary Kay dia) tengok mata saya. Kalau orang yang biasa2 untuk jaga mata, kalau mata tak de eye bags, wrinkles dan dark circles sangat, just guna Soothing Eye Gel je. Sejuk dan nyaman je especially for those yang mengadap komputer lama2 dan tidur lewat. Bangun pagi mata tak rasa letih dan sembab.

Makeup remover, cleanser dan mask

Makeup remover ni memang bagus untuk tanggalkan waterproof mascara senang aja. Tak payah tenyeh lama-lama.

Mary Kay
skin care + eye care

Mary Kay boleh adakan facial session percuma pada yang berminat. Makeup demo pun boleh. As long as u boleh set tempat dengan a group of people dalam min 7 people. lebih baik 10 and more. If ramai, they will come in a group of 3 or 4 Mary Kay trainer.


Thursday, November 25, 2010

Me Without Handphone? Boleh ke hidup?

Hari ketiga tanpa handphone. Rasa mcm zaman batu pulak. Tapi rasa mcm aman sikit dunia. Hehe..

Yang kesiannya my office colleague. Terpaksa past me her handphone kalau bosses call when they can’t reach me through my DL. Maafla bos, I don’t have sponsored phone anyway. That’s my personal phone. So I tengah tarak duit nak beli phone baru. Kene la tunggu sampai my old skool Samsung baik repair. Hubby confirm tak kasik pinjam dia punye BB dengan reputasi I ni yang suka terjatuhkan hanphone..hehe..

So kawan2, jangan la gatal2 call or sms I ye. Mungkin sampai esok baru tepon I siap repair. Terasa je nak beli tepon baru tapi belom tibe masanya. Tunggu next year kot kalau tepon I rosak lagi..huhu. Mungkin nak cube YES. Ada sesiapa tau pasal YTL punye 4G tech ni?

Tuesday, November 23, 2010

Economy Vs Business class

Yesterday, I wrote about MAS Golden Lounge. Let us now continue with different types of  food and presentation for business class  and economy class passengers of Malaysian Airline aircrafts.

Packed food with desert for economy class


starter, main course and desert for business class

In addition, business class passengers enjoy these benefits:

1) Extra baggage allowance : 30kg instead of 20kg for economy class - boleh shopping tak hengat
2) Variety in-flight entertainment options with movie on demand, portable personalised media play
3) Temptations in-flight shopping
4) Basic Amenities - branded punye such as Clarins, dalam toilet Aigner lotion, perfumes and aftershave balm tapi ntah jenis lama punye kot tak pernah update pun dah bertahun2..hehe
5) Golden Lounge at the airport 


Kalau first class lagi la hebat..can't imagine the experience..

checky at malaysiaairlines.com.my



Monday, November 22, 2010

Golden Lounge KK Airport

Setelah berada di Sabah selama 4 hari, tibalah hari untuk pulang ke semenanjung dengan hasil tangkapan laut segala dan excess baggage dan kolestrol yang terlebih2 kerana makan mcm2 esp seafood Sabah yang fresh. Untuk perjalanan pulang, kami dapat redeem business class (diulang redeem enrich point ye..kami bukan kayo benor saja2 nak amik business class, jangan salah anggap ye readers).

Memang done2 sampai kol 12tgh dan flight kami 3pm, so banyak masa dapat lepak je kat golden lounge, smayang, toilet business, kejar2 Dhani semua kat dalam tu je. Tak de la boring sangat. Enjoy the picas ya..

Dhani at the play room



Main lari2 nak duduk kat sofa mana yang dia suka



Dah penat baring pulak. 
Tak mau dekat dengan mama tapi g jauh2. 
Ni zoom tau bukan dekat dengan saya

Lepas dah lunch pekena hot chocolate pulak
heaven...

Dhani minum susu pulak
Ni Dhani pegi sendiri kat frigde amik air kotak.
Bengong waitress tu kasik dia low fat milk.


Gamba makanan tak sempat pulak nak amik. Lunch nasi tomato, kurma ayam, ayam goreng, popiah goreng, samosa, sandwiches, kuih muih, cakes, pudding and jelly, fruits.

Air macam2 dari juices, carbonated drinks, air tin, air kotak semua ada, and hot drink station where i got that hot choc.

Bila dah dekat 3pm diorang serve tea pulak which is mee bihun soto. Yang lain2 tak sempat tengok. 

Kalau ada kesempatan atau peluang free baik korang pegi golden lounge MAS ni kat mana2 airport. Kalau overseas some ada MAS punya some share dengan air carrier yang lain but I tak pernah masuk sbb sampai airport done2 dah nak fly ataupon kene mengeteh ngan tuan rumah la before balik Msia.

Kalau KLIA international Golden Lounge lagi la meriah, siap ada noodle station lagi, makanan local and western. Memang best. Tapi kalau nak ikutkan sanggup ke kita bayar triple untuk business class compared to econ class walaupun servicenya sangat best dari golden lounge, in-flight entertainment, extra baggage allowance dan yang paling penting makan best dalam flight?? I'll share the difference for the food served in econ class and business class later ya. Stay tune.

Saturday, November 20, 2010

OUM Convocation

Teringat zaman-zaman convo 6 tahun dahulu. Esok adik ipar pulak nak convo. Tadi kami pergi bawa mereka gi amik jubah convo. So, first time masuk campus OUM. Lepas tu pergi jalan TAR carik tudung then lunch ikan bakar jalan Ballemy@istana. Malam ni special dinner hubby belanja. Now ni kanak2 bertiga sudah tidor kepenatan. 

My chocolate oreo masih dalam fridge tak tengok apa khabar lagi. Insyaallah sat gi saya nak menjengok. Nanti saya cite apa rasanya ye. Harap2 ok la..

Friday, November 19, 2010

Packing Fresh Seafood from KK market

Rugi kalau tak tapau seafood dari KK sebab harganya berkali ganda murah dari semenanjung. So dengan nasihat dan usaha susah payah dari adik ipar kami, kami pun beriya tapau seafood dari pasar KK hari last sebelum pulang ke semenanjung.

Mari layan gamba...


Kotak kami berisi udang, ketam dan ikan


Ada 2 cara nak transport makanan laut dari Sabah ni..
  1. Beli sehari sebelum balik, masukkan air dan simpan semalaman di deep freezer. Seafood akan jadi ice block dan tahan tak cair. Cara ni kene carik kedai yang boleh simpan deep freezer or kalau ada kawan or sedara yang ada deep freezer boleh la.
  2. Beli pada hari nak balik, isi ice (better mintak dengan orang pasar dan bukan beli ice kat kedai biasa coz ice pasar adalah ice yang tahan lambat cair coz that one used for their storage). Tanya orang pasar kalau dia boleh bungkuskan dan seal polistrin elok2..
Bila dah lepas orang pasar ni seal polistrin tu, kat bilik hotel kami balut lagi dengan plastik, masukkan dalam kotak dan balut lagi kotak dengan kertas minyak dan seal lagi dengan musking tape.

Sampai KL kering kotak tu, tak leaking langsung.

Harus diingat kepada sesiapa yang nak bawak seafood ni supaya bungkus elok2, jangan main tibai je sebab sometimes airport tak kasik bawak sebab takut leaking dan rosakkan beg orang lain. Saya pernah balik dari Sandakan dan beg bau ikan coz ada kotak seafood orang lain leaking. Tension je kene sembor febreeze banyak2 siap jemur bag segala.



kotak atas sekali tu la hasil tangkapan kami di pasar KK
Kering dah sampai KLIA
Kat rumah bila bukak ais masih ada

Saya telah mencuba Chocolate Oreo

Sejak saya makan chocolate oreo yang sepatutnya Dhani punya coz kawan dia punya birthday goodies kat nursery, saya sangat berazam untuk cuba membuatnya sendiri. Maka saya gigihkan diri untuk mencuba mencari resepi di internet.

Hasilnya saya telah beli tray semata-mata nak buat choc oreo tu, dah telah cuba half dari cooking choc yang saya beli  menghasilkan 3 keping choc covered oreo @ chocolate oreo. Excited nak amik gamba tapi choc belum kering ye kawan2. Saya rasa cam tah pape je. Mcm tak cantik je walaupun dah cuba ketuk2 nk hilangkan air bubble tu. Saya tak pandai buat kuih kecuali tart nenas gulung and almond london. Kitchen cabinet yang telah diukur satu ruang untuk convection oven idaman pun belum terisi, so saya tidak pernah membakar kuih2 di rumah sendiri.

Semata2 resepi Chocolate Oreo ini tak guna oven, jadi saya boleh try. Kita tunggu esok ye kalau jadi la hasil ciptaan saya ini. Kalau tak saya senyap2 aje maksudnya tak jadi ye..hehe..

Layan dulu yang orang lain buat:


sangat kiut. Tak jumpa mold yang gini :-(



Thursday, November 18, 2010

Grand Borneo Hotel, Kota Kinabalu

Semasa kami kembali ke KK dari Kundasang, kami menginap di Hotel Grand Borneo. Kami pilih hotel ni kerana hotel ni baru dan bersebelahan dengan 1 Borneo shopping complex. 1 lagi hotel lain yang attached dengan 1 Borneo adalah Novotel tapi lebih mahal. Bila dah survey harga dan tengok description and gamba2 hotel, kami book hotel ni dan bila dah stay kat sini, memang tak menyesal. Cuma tak dapat gi swimming je. Poolside dia cantik.

Mama and baby at the lobby
Time ni tengah tunggu nak gi makan seafood

Entrance Grand Borneo Hotel, KK



 



Toilet


Dhani je la model saya

Breakfast buffet
Add RM15/pax to the room rate. Not bad
Makan macam2

Makanan mama yang bosan
I diet u.. No nasi n heavy breakfast yang lain
tapi telur tu??tak gemok ke??

Dhani suka blueberry jam dan jilat2 butter sendiri


Condition hotel bersih dan selesa. Makan sedap. Lobby and swimming pool cantik. Dekat dengan shopping complex and about 15min drive to/from KK town. Highly recommended.

Wednesday, November 17, 2010

Hari Raya Korban..Apa yang kita korbankan tahun ini?

Saya dan anak bangun lambat. Lepas hubby balik smayang Raya. Sungguh tak senonoh. Now saya tengok tv Astro Ria sangat sedih cite "Aifilfitri di Kulaifornia"  dan hubby dok melapah lembu korban. Si actress "Dunia Anita" ni mcm baik pulak. Jarang tengok watak dia tak metarialistic. Tapi belum habis lagi. Kita tengok camne sama ada seorang isteri sanggup bersama suami dalam susah dan senang. Menginsafkan juga cite ni. Biasa la cite hari raya semua ada moral sendiri. 

Kami tengok2 orang gotong royong korban kejap tadi, tapi saya tak larat kejar Dhani dan tak pasal2 orang pun tengok saya dengan anak sorang ni. Nak tolong2 memasak pun tak done dengan budak kecik yang asyik nak pegi playground. Dhani tgk lembu kejap je terus lari pegi playground.

So, apa yang saya nak korban ye? Masih ada separuh hari so let see. Semoga sekurang2nya saya dapat sedikit menyumbang kepada keluarga dan masyarakat..off topic. I pun tak pahama apa I cakap.

Salam Aidiladha semua.





Now, saya dah tido di tengah hari buta..
Waiting for mama n papa for lunch.

konon2 bawak camera nak amik gamba lembu, last2 amik gamba anak je..

Makan-makan Seafood di KK

Untuk malam terakhir di KK pada siri bercuti kami pada kali ini, mama papa open table belanja seafood. Mula2 konon2 mama saja nak belanja. Tapi bila bila tengok hidupan2 yang hidup segar bugar di dalam akuarium so kami pun dah agak le harganya boleh tahan. So papa offer kata papa belanja. Tak mau kalah, mama deal ngan papa 50:50. Rasa makanan kat sini memang puas hati. Sangat rasa fresh, manis kenyal2 lagi semua makanan lautnya.



Ada Cultural Show



  Ni semua gamba binatang2 dalam akuarium tu..




Suka hati la Dhani
 Mama menang tak larat nak layan kecah ni

 
Mama dan anak

Starter : Crab meat soup

Udang cereal. 
Sangat sedap!!!

Sayur2an

Tak tau nama bende ni

Kerapu masak sweet sour

Memang puas hati makan kat sini.. Next time mungkin boleh cuba makanan lain pulak.