Saturday, October 30, 2010

Nikon P7000, Canon S95 or Lumix LX5

Pencarian camera bermula lagi..pening ni??

Sapa boleh nagi pandangan? NikonP7000, CanonS95 or Lumix LX5

Saya sangat hendak S95, tapi mcm P7000 better for super fine quality for outdoor esp scenery photos..But i want S95 for low light excellent function and some said lx5 is the best of both..

Camne ni?Ada sesiapa boleh tolong bagi cadangan

Hospital mode..

Mungkin hari ni g ospital lagi..lain2 aktiviti tak sure lagi...asyik2 g carik cd ngan hubby, nak tengok2 cuci mata shopping complex.nak cuci mata usha2 camera...tak saba nak g kk ni..cepat la minggu depan

Tuesday, October 26, 2010

Budak Merajuk

Macam ikan salai pun ada. Jangan tiru aksi ni ye kanak2..Anak saya ni, kadang2 ada perangai camni. Kat dapor pun dia boleh baring camni.


Ye saya tau ada yang kutuk saya biar anak baring kat lantai/carpet kotor. Saya rasa tak kotor carpet kat shopping mall atau hotel ye. tak de hama or kuman coz slalu pakai lamberger antibac (i ada dengar bende tak baik pasal lamberger tapi kami gud user je..tak jadi distributor pon). Lantai pulak pakai dettol cleaner. Insyaalah bersih untuk anakku tersadai begini..

Dhani hanya buat camni kalau merajuk ye. bukan die memang tido bawah meja. Saya bukan ibu tiri..

Dhani's new helmet with photos

Hari tu saya cite pasal Dhani's new helmet kat sini..

So ni gambar2nya..





Seluar kuning tu bukan pakaian seragam dengan helmetnye..secara kebetulan saja..

Monday, October 25, 2010

Public Mutual agent wanted

Sape ada kenal or tau agent/consultant public matual boleh kasik tau saya. Kalau boleh biarla yang full time dan berpengalaman boleh advise product2 yang bagus untuk investment (small scale aje). Let me know ya..Ada yang perlukannya..

Kalau ada yang sewaktu dengan public matual pun boleh..

Sunday, October 24, 2010

Menu gemoks...

Last Friday, bila baca blog wife Cat Farish, chocobelly pasal post natal dietnya, rasa cam berkobar2 nak kurus balik. Even though saya dah hilang dekat 20kg lepas my little Dhani lahir (dekat 2 tahun woo baru hilang 20kg). Sket2 lembap punye diet style, saya masih ada dekat 10 kg untuk dapat balik my ideal weight. For your info guys, I'm now 64kg, 163cm height. Gemok kan? Luckily dah dapat pakai balik jeans saiz 28 :-) Kalau tak, last year saya pakai saiz 31..huhu..gile gemok lagi. Bile nak dapat 26 ni? kalahkan Anis the rawkstar yang dah nak kawen tu. Zaman paling kurus dah besar2 ni, time pakai suar baju saiz M adalah 53 kg, 3 years ago before kawen. Itulah saya kata lagi 10kg mau buang mana? 

Pastu  baca blog chocobelly tu, dalam 2-3 hari yang sama, time saya konon2 semangat nak beli spanx, my friend Zety pulak wat entry pasal spanx ni. Double triple berkobar nak beli. Tunggu gaji I rembat. Don't get me wrong ye. Spanx bukan untuk kurus tapi setakat nak sorok lemak2 degil. Tang nak kurus tu kene la saya kekalkan method sedia ada atau sebenarnya disiplin gigihkan lagi. Saya makan herbalife and joggging ala2 berlari anak je sekali sebulan (hah..apakah berjaya kurus?).

Tapi langkah saya untuk kurus semalam adalah seperti berikut:
1. Breakfast-makan hotdog, scrambled eggs dan popia goreng
2. Lunch-masak seafood spaghetti. (makan kat mangkuk sikit je)
3. Dinner-mengidam A&W Waffle lepas lawat my auntie kat Pantai Bangsar
4. Supper-Minum susu dan makan hati coz diet sungguh hampeh hari ini

So today, I start my day with
1.Breakfast-Pau ayam Saifu (1 ketul saja)
2.Lunch-Birthday party anak jiran harap2 dapat mengucap dari mkn byk!!!
3.Dinner & Supper-mungkin makan hati lagi kiciwa untuk kali kedua..ke ntah keberapa kali tak tau la.

Apa da...kata nak kurus, hari pulak hujan. Tak dapat jogging, skipping je di rumah tapi menyumbat mcm tak hengat perut berlipat.

Rasa cam nak beli Premium Beautiful pulak. Hubby kata beranak lagi satu dulu. Nak slim world jugak in package boleh sayang??huhu...

Friday, October 22, 2010

Frankfurt Sightseeing-Part 1

Hye...Let's continue with the Europe trip (yang dah berlapok ye)..

Frankfurt sightseeing

Frankfurt Bridge, Mainkai area


The church, view from the bridge

Me on the bridge

Sila baca ye..saya pun tak hingat apa la nama benda ni..dekat tangga bridge

Mainkai, view from the bridge

Romer - walking distance from the bridge


WC aka toilet..underground pakai lift lagi..
Sungguh maju ini negara

Romer




Untuk tourists yang tak larat nak menapak. 

Please do not grab my photo without permission ya. My picasa dingdong donno what happen

See you in Part II
























Thursday, October 21, 2010

Babaiee Tok Tok!!!

Dah lama tak update blog ya..hidup masih lagi dalam mode sukar sampai mood untuk blogging pun merundum 50%..

Anyway ini satu cite yang saya nak share...

My little Dhani nowadays is so friendly. He loves to shake hands to say goodbye and wave his hand with the word "Babaiiiee" pronounce as baba eeeeeee..ee nye sangat panjang..Ok la fine la babai and kadang2 flying kiss..

Cuma satu incident yang tak boleh blah dan memalukan mak bapaknye si Dhani ni..Ada sekali dalam lif, dia babai sorang amoi ni. Rasa mungkin dalam late 30s kot cume rambut dia mcm tak terurus and muka ada la wrinkles yang ketara. So Dhani babai dia tapi sambung sket ayat dengan.."Babaiee tok tok!!!" ...

Me and hubby yang dengar tu rasa mcm nak je tutup mulut or luku sket budak kecik ni. Kalau budak besar mungkin orang dah cop kureng ajo or mak bapak tak aja. Amoi tu senyum je. Tapi dalam hati sapa tau??

Mungkin dhani tak reti nak bezakan umur orang lagi kot. Pantang nampak orang tua sket dia akan panggil tok tok. He calls my dad tok tok and my mom Amor. My pil Wan and my mil Tok Arah. Tapi kalau orang lain, laki pompuan pon tok tok. Kalau orang mude ada misai mcm my dad pun tok tok. Opah upin pin pun tok tok jugak. Lastly amoi yang tak cukup tua pun tok tok...

So now kami kene la standby malu je dengan budak kecik ni..anytime dia boleh kasik hingus or air liur time salam ngn orang or anytime dia boleh panggil orang muda tok tok..

Wednesday, October 13, 2010

Maaf

Dengan memaafkan seseorang hati jadi lebih lapang walaupun cerita di belakangnnya amatlah.....
Setakat mana kesabaran saya diuji? Tak perlu la saya layan emo dengan orang mcm tu kan? Banyak lagi dugaan yang lebih besar di hadapan... 

Semoga Allah membuka hati-hati yang keras untuk bertaubat, berlaku adil dan memandang ke bawah bukan hanya ke atas. AMIN YA Rabbala'lamin..

Friday, October 8, 2010

Holiday mood..Excited!!!

Seronok2 sevey2 hotel, tempat2 nak jalan2...hehe..ini sebenarnya holiday terpaksa sebab nak claim enrich points yang dah nak expired end of this year for both mine and hubby's. Last year dengan suke hati kami dah burnkan enrich  points tu..hubby punye paling banyak burn..no more this year jadi kami terpaksa gak pergi holiday walaupun dekat2 je..ala2 baget travelling la....

cuti belom apply dah excited lebih..i need a break please....

Wednesday, October 6, 2010

Dhani's New Helmet

Alkisah skarang Dhani dah tak mo gi school naik "tarrr" (car) tapi nak naik "vroom-vroom" (moto papa). So mama dok bebel kat papa beli la helmet untuk safety anak. So last Friday papa dah belikan helmet cute color kuning. Bile bawak g school papa kata budak2 lain dok sebok main2 helmet Dhani. Ye la dia sorang gatal nak naik  "vroom-vroom" gi school kecuali hari hujan then naik "tarr".

Tapi punyela sengal PC ni, saya tak tau apsal bluetoothnye tak le function dah, so saya tak dapat nauk upload gamba Dhani dengan helmet kuning dia. Next time insyaallah. Office is gettting bz'ier this week. So memang tak dapat na BW and post new entry sangat even kat rumah tak larat nak bukak lappy. Mentally tired and stress.. Gamba2 Amsterdam, Frankfurt dan Porsche Museum di Stuttgart pun tak dapat nak upload lagi..Bab2 memilih gamba ni saya sangatla lembs sikit ye. Lagikan nak upload on-site punye cerita kan..

Ni Porsche Museum pic from google
Mine will be uploaded soon...
Memang best tengok kete2 Porsche kat sini..

Neway, have a nice day uols..

Sunday, October 3, 2010

Home Made Pizza

Inilah pizza yang saya sangat terasa nak buat bila saya beli cheese di pasar Vredenburg, Utrecht, Holland. Detail story is here.

SEBELUM DI BAKAR

dough

seafood pizza
first layer

seafood pizza
lepas dah letak mozarella  and parmesan cheese


chicken and mushroom pizza 

this one traditional sket..
serunding daging pizza

serunding pizza
with mozarella and parmesan cheese

DAH SIAP BAKAR
Chicken and mushroom pizza

Seafood Pizza

Serunding pizza lupa nak amik gamba ye..Maaf

Makan dengan....

Home made mushroom soup
tapi kali ni cerah sket colornye sebab chitake mushroom takde jual
resepi ada disini

Untuk resepi pizza ni, saya tak le nak cite bab dough tu sebab mak saya yang  buat, ikut resepi juliza adlizan katanya. Tapi memang best sebab nipis je..cuba tengok ni....


Uuntuk topping, bagi yang ayam saya tumis ala2 ayam curry dengan bawang dan serbuk kunyit. Ditambah dengan batang celery, sayur campur, lada hitam dan button mushroom. Untuk base dia saya guna prego spaghetti sauce dan fresh tomato. Boleh juga guna tomato puree.

Untuk yang seafood, udang dan sotong saya masak dulu kasik keluar air (kalau berair topping pizza tak best nanti). Crabstick, tuna in olive oil dan bawang holland potong bulat tabur je kat atas dough. Untuk pizza seafood adik saya kata (dia pandai sket bab2 western food ni), jangan pakai tomato sauce, pakai mayonis saya. So saya pun ikut je. Then letak black pepper lagi.

Untuk serunding pizza paling senang. Ni idea mak la sebab ada banyak lagi serunding raya, sampai buat pizza serunding. Yang ini memang tradisonal style, letak bawang besar, cili merah dan sedikit cili padi. Of course yang ini hubby saya paling suke coz paling pedas dan rasa rempah coz serunding kan kaya dengan rempah. Ditambah dengan cheese. Memang sedap lemak berkrim...Calorie juta2!!!!!

Untuk 4 pan pizza (2 ayam, 1 seafood dan 1 serunding), kami kenduri pizza dan kos untuk cheese tak sampai RM 30. Mozarella saya beli 4.50 euroRM 18 (kat Malaysia, yang kecik pun dah dekat RM20, yang saya beli dari holland ni kire 3x ganda yang kecik tu). Then parmesan kat sana 3 euro~ RM12. Kat sini dalam RM 18 (tak banyak beza but..still cheaper). Memang puas hati. Tapi saya rasa mozarella tu masih tak cukup coz tak boleh tarik2 tinggi sangat pun mcm pizza hut. Mungkin kene banyak lagi. Next time nak buat lagi la. Buat sendiri topping kasik meriah.




Friday, October 1, 2010

Apa nak buat dengan susu Formula baby yang asyik tak habis diminum

Semenjak balik dari outstation minggu lepas, Dhani saya dah start bagi susu formula (fm) di rumah. Sebelum ni full bf di rumah dan 50% fm di nursery. Ini adalah sebab saya rasa breastmilk(bm) semakin berkurangan dan waktu malam dhani bangun hampir setiap jam or even setiap setengah jam selepas jam 4 pagi mungkin kerana tak puas breastfeed. Mak kata "Bagi la dia susu botol. Kat rumah haritu (time mak jaga) Dhani minum banyak dan tidur lama sebab dia kenyang cukup susu".

Salahkah saya sebab saya tak kasik Dhani cukup susu sampai dia tak boleh tidur lena? Saya bukan tak cuba. Sebelum Dhani tidur dalam kol 9pm saya dah bancuh susu dalam 180ml. Penat pujuk siap konon2 kasik bear, kasik papa segala. Kadang2 minum sikit, kadang2 tak minum langsung. Sama juga pagi2 time kol 4-5am. Last2 susu2 tu saya buang or ada sekali tu saya minum sendiri depan Dhani. Dia buat bodo je gelak2. Papanya pun gelakkan saya sebab minum susu anak.

Masalahnya, apa saya nak buat dengan susu2 yang Dhani tak mau minum tu? Tak baik membazirkan asyik buang je. Kalau nak simpan pun nak buat apa? Boleh ke simpan lama2 dalam frigde? Simpan sikit2 2 -3 hari boleh buat lempeng eh? Kasik Dhani makan. Kalau la dia nak. Saya ada la baca (kalau ikut buku) susu yang dibancuh lebih dari 2jam tak elok dimimum lagi oleh bayi. Lagikan kalau susu yang tak habis diminum dan disimpan. 

So, saya mohon le kalau ada pengalaman uols apa nak buat dengan susu yang tak diminum tu, or apa cara lagi saya nak ajar anak minum fm. FYI readers, Dhani dah 21 bulan dan kalau boleh saya nak start sikit2 untuk stop BF menjelang birthday Dhani yang kedua tahun Januari nanti. Bukannye apa, saya ada baca tak salah extended breastfeeding more than 2 years, cuma saya rasa tiba masanya saya jadi anak yang mendengar kata juga supaya tidak begitu menyusahkan ibu saya lagi kalau saya outstation. Sebab selalunya Dhani akan kemaruk gian bf for the first few days kalau saya tinggalkan dia dengan mak saya.  Mak saya pula akan sentiasa tanya saya Dhani bf lagi ke tak dan berkali2 hint untuk start wean bila dah umur 2 tahun. Kalau saya fulltime housewife or saya tak kene outstation memang saya akan extend bf tapi dilema "ditelan mati emak, diluar mati bapak" ni yang buat saya sedikit berkira-kira adakah tindakan saya untuk campur FM dan BM ni terbaik buat masa ini. Tambah lagi si anak pulak tak mau fm. 

Apa2 pun saya sayang mak saya dan akan dahulukan dia dalam kes ini kerana dia jaga anak saya semasa ketiadaan saya. What say u guys?