Saya nak join program Ben Ashaari ni..
Resepi pertama saya adalah
BIHUN SUP AYAM KAMPUNG...pernah saya publish entry ni tak lama dulu..
Saya memang suka masak sup ayam kampung. Saya jadikan amalan makan ayam kampung sejak berpantang anak saya, Dhani. Dalam sebulan sekali or 2 minggu sekali saya akan beli ayam kampung. Ye la lebih baik ayam kampung dari ayam bandar. Tapi nak beli selalu pun tak mampu dan leceh kene pegi pasar pagi2. Kalau lewat ayam kampung habis. Pasar kat rumah saya ni, ayam kampungnye limited dan cepat laris.
Mari memasak...
1. Panaskan minyak dan tumiskan sedikit bawang putih, bawang merah dan bawang besar. (boleh juga blend bawang2 ni)
2. Masukkan kulit kayu manis dan buah pelaga (sikit je)
3. Masukkan juga bunga lawang dan sedikit halia kalau suka
4. Kacau sehingga naik bau dan kekuningan
5. Bila dah kuning bawang2 tu, masukkan air dan ayam kampung
6. Tambahkan garam
7. Masukkan perencah@rempah sup Adabi (sup bunjut pun boleh)
**Tips!!Saya lebih suka rempah sup berbanding bunjut sebab kuah sup akan jadi pekat dan rasa sup yang lebih kaw...:-)
8. Di kuali berasingan, goreng bawang putih, bawang merah dan bawang besar (kalau nak sedap banyakkan bawang kecil)
9. Goreng bawang sehingga kuning keemasan
10. Sup ayam tadi terus dimasak atas api kecil sementara menunggu bawang goreng garing/kekuningan
11. Bila bawang dah ready (golden brown macam gamba di atas), terus masukkan bawang panas2 tu dengan sedikit minyaknya ke dalam sup
12. Matikan api sup, biarkan bawang menggelegak dalam sup
Tips!!Teknik campur bawang goreng last ni akan hasilkan rasa yang agak berbeza kalau dibandingkan dengan tumis bawang di awal2 tadi saja. Ini resepi mak saya. Rasa lebih kaw!!
13. Tambahkan daun sup dan daun bawang
14. Tutup periuk supaya bawang dan sup masak sendiri menghasilkan rasa yang tersendiri
15. Siapkan bahan-bahan lain : Celur bihun, taugeh, sawi (kalau suka), daun sup/bawang, ayam diracik dan tauhu
16. Kalau style johor + soon goreng, kacang tanah dan bergedil..best betul!!
17. Ni gambar semua bahan2 termasuk sambal kicap (yang kecik sekali tu, dekat sayur)
Sambal kicap ni pun style Johor!!! (caranya: tumbuk cili padi, bawang putih, campur kicap dan sedikit gula)
Inilah hasilnya!!!!!
BIHUN SUP AYAM KAMPUNG
dengan sambal kicap style Johor :-)
....
..
.
Resepi Kedua saya adalah sejenis desert...CUSTARD PUDDING DENGAN SUSU DAN JELLY!!! diupload khas untuk program Ben ini..hehe!!
Selalunya pompuan suka desert2 ni. Saya dan adik saya suka ini. Kalau dah sekali buat saya boleh makan 2-3 kali sehari..serious gemok...Mari tengok......
Yang kuning pekat tu custard pudding
Yang pink, cream, orange tu jelly
Yang lain tu buah peach dan buah2an cocktail dalam tin tu...
Cara-cara membuatnya:
Custard Pudding
1) Saya guna tepung custard brand bird custard dengan nisbah 1 cawan tepung 3 cawan air. Kalau nak lemak2 boleh gantikan 2 cawan air, 1 cawan susu. Tambah sedikit garam
2) Kacau sentiasa untuk elak castard berketul2. Masak dengan api kecil
3) Bila sudah meletup2 dan adunan nampak pekat berkilat, matikan api. Masukkan ke dalam acuan or apa2 bekas yang sesuai. Kalau malas, masuk loyang je. Pastu potong2 or tabur je buah2 cocktail atasnye bila nak makan. :-)
Susu
1) Masak susu cair di atas api kecil, tak kisah apa brand
2) Tambahkan air manis dari buah2 cocktail tin. Tambahkan gula jika suka lebih manis
3) Tunggu sampai mendidih, matikan api
4) Boleh hidang bersama pudding bila dah sejuk (Rasanya tak de orang suke makan panas2 kot. Tambah ais kalau suke sejuk gile2)
Simple kan???Mari cuba...
Selamat berpuasa semua !!!!!!