Lagi-lagi My Recipe ye? Maafle tak de entry lain, mcm blog memasak pulak. Harap u all tak bosan. Kali ni, sup pulak..
Saya memang suka masak sup ayam kampung. Saya jadikan amalan makan ayam kampung sejak berpantang Dhani dulu. Dalam sebulan sekali or 2 minggu sekali saya akan beli ayam kampung. Ye la lebih baik ayam kampung dari ayam bandar. Tapi nak beli selalu pun tak mampu dan leceh kene pegi pasar pagi2. Kalau lewat ayam kampung habis. Pasar kat rumah saya ni, ayam kampungnye limited dan cepat laris.
Kali ni, rencah nak buat bihun sup macam tak berapa cukup, tapi yang basic2 ada. Kira belasah je la ye..
Mari memasak...
1. Panaskan minyak dan tumiskan sedikit bawang putih,
bawang merah dan bawang besar (boleh juga blend bawang2 ni)
2. Masukkan kulit kayu manis dan buah pelaga (sikit je)
3. Masukkan juga bunga lawang dan sedikit halia kalau ada
(saya tak de stok, maaf ye)
4. Kacau sehingga naik bau dan kekuningan
5. Bila dah kuning bawang2 tu,
masukkan air dan ayam kampung
6. Tambahkan garam
7. Masukkan perencah@rempah sup Adabi
(sup bunjut pun boleh)
**Tips!!Saya lebih suka rempah sup berbanding bunjut
sebab kuah sup akan jadi pekat dan rasa sup yang lebih kaw...:-)
8. Di kuali berasingan, goreng bawang putih,
bawang merah dan bawang besar
(kalau nak sedap sebenarnya banyakkan bawang kecil,
tapi saya nak cepat, so campur bawang besar je)
9. Goreng bawang sehingga kuning keemasan
10. Sup ayam tadi terus dimasak atas api kecil
sementara menunggu bawang goreng garing/kekuningan
11. Bila bawang dah ready (golden brown macam gamba di atas),
Terus masukkan bawang panas2 tu dengan
sedikit minyaknya ke dalam sup
12. Matikan api sup, biarkan bawang menggelegak dalam sup
Tips!!Teknik campur bawang goreng last ni akan hasilkan
rasa yang agak berbeza kalau dibandingkan dengan tumis bawang
di awal2 tadi saja. Ini resepi mak saya. Rasa lebih kaw!!
13. Tambahkan daun sup dan daun bawang
14. Tutup periuk supaya bawang dan sup masak sendiri
menghasilkan rasa yang tersendiri
15. Siapkan bahan-bahan lain :
Celur bihun, taugeh, sawi (hubby yang suka campur sawi),
daun sup/bawang, ayam diracik dan tauhu
16. Kalau style johor + soon goreng, kacang tanah dan bergedil..
best betul!!
17. Ni gambar semua bahan2 termasuk sambal kicap
(yang kecik sekali tu, dekat sayur)
Sambal kicap ni pun style Johor!!!
(tumbuk cili padi, bawang putih, campur kicap dan sedikit gula)
Inilah hasilnya!!!!!
BIHUN SUP AYAM KAMPUNG
dengan sambal kicap style Johor :-)
Tips ibu bekerja : Ayam basuh siap2, sayur, bawang semua dah siap potong, balik kerja terus masak. Mula memasak jam 620pm. 30-40 minit siap. Hubby tolong tumbuk lada untuk sambal kicap time saya entertain anak. Dapat makan lepas mandi dan smayang magrib.
Bagi saya, weekend adalah masa untuk siapkan bahan mentah untuk memasak, dan plan pegi pasar untuk masak seminggu sebab saya nak kurangkan masa membeli barang time balik keje. Balik terus memasak. Tapi ni hanya jika saya sampai rumah sebelum magrib ye..Kalau lepas tu alamatnye kedai or saya makan roti je..huhu..Last week adalah hari makan kedai sedunia, so minggu ni harap2 dapatla makan di rumah..