Friday, April 30, 2010

Kemaruk Swimming Tengah Hari Buta..Stress Relief!!!

Dek kerana saya bercuti hari ni dah kepala juga sungguh pening memikirkan perkara yang sangat menyesakkan ini, saya ambil keputusan untuk swim..hehehe..hari kerja tak de sorang umat pun swim..dah le tengah hari buta. Kalau last time saya cakap Dhani meroyan pakai neckfloat kat dalam rumah sebab dah lama kami tak swimming, hari ni saya yang meroyan swim sorang2. Maaf Dhani mama tak larat nak amik Dhani dari nursery semata2 nak kasik awak swim. Mama ada banyak urusan nak settle hari ni.

Mak saya kata jangan main2 or keluar rumah sorang2 time tengahari esp time waktu zuhur, tak elok..Saya tengok jam 1145am, aci tak saya swim dan balik b4 1pm..hehe. Selamatla swimming pool tu terlindung dari panas tengahari. Pandai betul architect ni design..I love this place, this is our home. I love the swimming pool, gym (walaupun saya dah tak pernag ke gym semenjak kewujudan Dhani di dunia ini), the mamaks and malay hawkers nearby. This place is so convenient..

Lepas swim dalam lebih kurang 6 laps gitu, balik rumah makan sebiji apple dan 2 ketul pau saifu ayam kicap dan rendang ayam (sungguh lazat) saya rasa sangat sihat. Dah la time swim tadi rasa mcm jantung pump laju je. Ye encik jantung, kamu dah lama dok diam kan? tuan nya ini dah lama tak bersenam. Lagi best time backstroke overacting tengok langit and pokok kelapa instant (tanam2 je terus besar), kepala saya terantok kat dinding swimming pool tu..terus jadi sewel kejap. Tapi tu la agaknya yang jadi ubat sakit kepala kot. Now dah rasa ringan kepala dan bersedia untuk terus membuat kerja yang pening kepala itew..

Googling on the net, i found this useful tips on stress relief with swimming..



From : http://www.stress-relief-choices.com

Stress relief with swimming is a really wonderful way of relieving stress. It can be very relaxing when done at a slow pace, gliding through the water. Or it can be a real physical work-out when going full speed practicing the front crawl.

The focus you put into swimming helps you to unwind during a long day or after a day’s work. You release the stress & strains and gain great relief from plunging into the pool. 



The Health Benefits of Swimming

Swimming is another really healthy sport and is similar to yoga in that it is suitable for all age groups. The water helps to support the body and injuries are less likely to occur than if practicing a land sport.

The health benefits of swimming are as follows:
• The whole body gets a workout
• It’s great for the heart and for your body’s muscle strength and therefore great for stress relief - healthy body, healthy mind.
• It helps your posture and the body’s flexibility through practicing the different strokes.
• Stress relief is gained through the focus and coordination of the breath required to swim certain strokes.
• Your mind is given a break while you swim – a great stress relief!



Will Swimming Help me Reduce Stress?

In one word, yes.
Why?

This goes back to the point earlier about getting back into your body. By focusing your attention on our body and physical self you allow yourself a break from your mind.

This ‘break’ allows your mind to rest and to gain perspective. Sometimes the best way of solving a problem is to not think about it!

Have you ever found it impossible to think of a word and no matter how hard you try you can’t remember it? Ten minutes later when you’re washing the car ‘Bang’ the word comes to you!

Relieving stress with swimming has the same effect. By focusing on something other than our minds we allow clear thinking to arrive. The stressful situation becomes much more manageable once we have had a break. Betul mujarab ni..saya sokong 100%.



Swimming also requires a lot of coordination and effort to stop ourselves from sinking. This effort and concentration mean that you can’t (even if you wanted to!) think of anything else. Jadi kita dapat lupakan perkara yang menyesakkan kepala, beri lebih oxygen supply ke dalam darah, then bila kita mula mengadap benda yang menyakitkan kepala tadi, kita dapat berfikir dengan lebih baik dan rational. 


Iklan jap..Gamba tak de kaitan..
Budak kecik yang tak menyempat nak pakai neckfloat kat depan rumah
Swimming pool pun tak nampak rupe lagi anak ooi..

Wednesday, April 28, 2010

Crocs Warehouse Sale @ Ikano 30th April-3rd May 2010

Mari serbu !!!! 
30 April to 3 May 2010

Crocs Warehouse Sale

Up to 70% Off

Products Offered
Crocs Shoes
Time: 10am – 10pm
Location (Tel: 603 6275 8908)
Ikano Power Centre
2 Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya

Organised by Kinderdijk

Monday, April 26, 2010

Garangnye!!!!!

Lately Dhani suka buat muke garang macam ni..e.g kalau mama tak kasik main picit2 air kotak milo kasi tumpah kene baju semua..or kalau mama kata tak mau makan cake coklat yang lembut2 tu mama kata "tak sedap" (sebenarnye tak mo kasik die makan sendiri sebab Dhani akan pecah2kan kek tu kasik sepah semua satu rumah nanti lipas datang)..

Tengok le muke die nie....

Ni sempat gak cik Nani aka Mak De Dhani amik gambo die muke berkerut tu..

Thursday, April 22, 2010

Super Bz Bee and Alif's Wedding

Aku pegi Jepun aku bz,
Orang lain p Jepun pun aku bz,
Itulah dia si bz bee,

:-)

Maafla ye sahabat handai, rakan taulan sekalian. Saya tak dapat nak melawat rumah blog korang lately. Rumah sendiri pun tak kemas (update) mungkin sehinggala selamat keberangkatan mereka semua ke Jepang tempat Cik Yatie Chomeyl …Alhamdulillah saya tak kene pegi ke sana kali ini sebab dapat excuse dari boss, sebab nak attend wedding member yang saya dah commit awal2..kalau tak mesti Alif and Leo tak nak geng ngan saya kan?? It will be on your big day dear. .Cammana last time saya tak attend wedding my 2 girlprens : Intan and Mar kerana terbang di saat2 akhir...huhu..rugi I tak dapat g Niigata and Kyoto this time tau. Time spring lagi. Rinkuu I miss U. huhu…Never been there tau :-( Takpela kawan punye pasal.

FYI readers, Alif ni antara orang kuat di sepanjang perjalanan hidup saya. Kami sama2 Zaba Dancer. Sama juga bakal wifenye. We are  all Za’bahan :-) Alif  juga sentiasa ada di hari2 penting saya : Masa nikah dan masa kawen tak miss Alif datang, so why not saya berkorban untuk Alif kali ni kan? Insyaallah selagi tak de aral melintang akan kami datang wedding ko ye Alif, di kedua2 tempat sambil cuti2 Malaysia :-) Kawan2 sila ingat kita tak book hotel lagi, nanti kita tido tepi jalan karang…

K..c you guys soon..tak tau bile lagi nak update blog ni..

Monday, April 19, 2010

MAM Bottle, Accessories and BM Storage

Saya nak beli ni secara online, the best deal i can see are as below..Is there anywhere cheaper than those here? Kalau sesiapa tau bagitau ye.. I'm using MAM for Dhani since he was 3months and now it's time to change the teats again. Last change was about 6 months ago. So far I'm happy with MAM and recently (gatal2 je nak tukar angin) I brought NUK bottle which is about 2x expensive than MAM (menyesal beli) and Dhani didn't like it..


This one is for my friend's sister who just gave birth last week. Has anyone tried them?
Berdatt sila pilih yang mana ye..+jawab soklan lain kat FB tu...

Saturday, April 17, 2010

Fanatic Man U Fan vs Ku Bukan Aku

Tadi ada orang tibe2 jerit kat rumah ni pastu tepuk tangan kuat2. Korang tau kan kenapa? Man U menang against Man City. Dhani terkebil2 tak paham, then mama pun tepuk tangan jugak, terus Dhani ketawa tepuk tangan jugak... Psycho papa kami!!!!!!!!!!!!!!!


Sekali lagi kami kene balik awal dari outing hari Sabtu. Macam hari tu. Papa dah sound awal2 balik before Magrib so Jusco punye rancangan pospone esok. Tensi mama. Takpela dah biase dah :-( Balik cepat bole le mama blogging n wat keje skolah..

So Man U menang papa happy. Bagus le !!!! Moga besok papa belanja mama makan best2 ye. Mama nak tengok AF. Sebab sangat rasa bersalah pada K.Bad yang konon2 dulu kata nak tengok konsert AF yang kedua sebab miss yang pertama sebab outstation. Last2 sampai ni dah konsert ke berapa 5 ke 6 baru first time nak tengok. (Tapi saya tengok performance Maulana yang lepas2 kat blog K.Bad tau).. Nak undi pukal MAULANA la malam ni.. tak pernah AFUNDI pun sebelum ni..hehe..tibe2 papa sound pasal bil tepon last month mahal. Yela pa..mama outstation kan last month. Korang AFUNDI MAULANA ye. Dia dapat +ve comment tonite as usual..hehehe. Gud job boy. Tak de kene mengena ngan saya tapi MAULANA ni ada kene mengena dengan ex-bos saya. K. Bad, kalau Maulana kawen jemput saya ye..hehe..K.Bad ni pandai masak..dulu saya kawen K.Bad buatkan desert untuk makan berdamai pengantin. Baca le cite dia pasal MAULANA kat blognya.

Yang bestnya Maulana nyanyi lagu "Ku Bukan Aku". I love that song. Baru je tau lagu tu group indi yang nyanyi smalam. So kolot saya ni. Ingatkan pompuan solo je cam ala2 Yuna. So saya pun carik music videonya. Saya tak tengok Diari AF langsung season ni. Sangatle BZ. So tak tau nak suke sapa..Kalau dulu2 saya suka Zahid, Linda, Farah. Tak tau MAULANA bawak lagu ni malam ni...saya suka lagu tu..So korang tengok le lagu tu kat cni ya..



* Tak reti la nak adjust width video ni yang dah terlebih2 ruang tu..mahap ye..ada sesapa buleh aja?

The Giant Camera

Photos of Dhani with a giant Nikon camera, captured by Nikon too...

too excited n main cak-cak

apa la yang lawak sangat tu?overacting budak ni..
tengok kening berkerutnye tu..marah mama sebab mama suruh stop main n balik..

macam-macam Dhani

dah penat..duduk je tapi still x mau balik..

buat macam rumah sendiri..suka-suki je baring kat situ..



Friday, April 16, 2010

Kami menang lagi..Alhamdulillah...

Semalam check blog Hanz, Alhamdulillah...Dhani menang saguhati..Saya sangat suka hadiahnya.. voucher makanan dan voucher gamba..(nak gak paste printscreen cam kat bawah tu, tapi Hanz, lambat sangat load gamba hanafi n cabutan hadiah2nya tu..)..Mungkin PC ofis ni lembab sket kot..uols visit sendiri la ye blog Hanz..

Pastu tergerak hati nak check contest lain yang dah join..Rupanya ada lagi satu yang menang..tak perasan saya...Alhamdulillah again...Thanks to all..


* Saje je promo sket..tgk taskbar tu..blog sape yang saya bukak??
banyak lagi sebelum tu..cume tak muat skrin..U know who u r kan geng??

Thanks to Iz-AnN penganjur dan judges...alhamdulillah rezki Izz Dhani..Dhani start pakai neckfloat ni time umur 5 bulan..Memang dia suka coz tangan kaki semua free boleh gerak..

Kalau lama tak g swimming, boleh meroyan budak ni pakai neckfloat tu kat umah..seboleh2 soh kitorang pakaikan neckfloat tu pastu jalan satu rumah ngan benda tu mcm orang bulan..Nasib je kami tak sempat amik gamba..pelik anak saya sorang tu..

Malam ni kalau dapat saya marathon join contest lagi..hehe..kalau le tak de budak kecik yang nak tengok kartun malam2 sampai bangun kol 4pg pun nak tengok kartun..Kalau jadi camni, mamanye overslept lambat g keje..tak cantik rekod mama sayang oii....

Thursday, April 15, 2010

I'm so stressed out..Calling for help from freestyle user..

Kalau dah stress tu camni le jadinya.. Not because of work but EBM..hehe..tak abis2 aku ni pasal BF,EBM dan adik berdiknye kan??

My 'hasil tangkapan' lunch ni langsung tak meriah walaupun saya makan ikan (hasil tangkapan laut dalam), dan sayur2an yang sangat banyak..Breakfast adalah 2 kpg roti, yogurt n nesc. 2000ml plain water finished by lunch time..

Dah la tak meriah, tumpah pulak 0.5oz..kalut sangat padan muke..ye aku berkira taik idung masin walaupun kerugian 0.5oz kerana hasilnya hanya 2.5oz (lepas tolak 0.5oz tu)...Apakah terjadi??

Sebenarnya saya rasa ada yang tak kena dengan my Freestyle ni..as usual, i pump while blogging during lunch time kalau malas nak kuar lunch ngn mber2..so just now I wonder why the suction is not as before.. I increased suction level sampai level 9 ok..max tu.. normally 7 pun i dah rasa sakit.. ni langsung tak sakit n macam ada lobang ke kat mana2 sebab tak suck betul... Harus ku hubungi penjual ini pump or tube problem macam Intan kata K.Peachy nye prob? I didn't notice any leaking anyway..Pelik2...n yes still stress tapi aku nak wat bodo je la sebab nak sambung keje..Balik kang pam pakai my manual Avent..Can I say i love u more Avent??hehe...

*btw, kami (me n dhani) is one of  the honeybunch giveaway's winner by Hanz..tqvm..pengubat geram :-)..

i-City Shah Alam

Ni adalah gamba2 sekitar i-City, Shah Alam. Cerita asalnya di sini ye..

i-City ni terbahagi kepada dua bahagian iaitu kawasan taman dan lagi satu dalam bangunan (indoor) ala-ala snow house gitu. Di sepanjang jalan sekitar situ pun dihias dengan lampu warna-warni dan cantik. Kalau ada festival, lampu-lampu pun direka mengikut theme.

Kalau nak tau lebih lanjut pasal i-city, boleh baca keratan akhbar The Star ni.


Tengokle mata Dhani yang terbeliak maksimum tu..
+ mulut ternganga lagi..

Ni semua gamba di kawasan taman (outdoor)

Ni indoor dalam ala-ala snow house tu.

Cube teka apa yang dhani nak buat?
...
..
.

Cubaan makan pasir!!!!
Budak ni memang suke mengutip...



Wednesday, April 14, 2010

Ice Pack Pecah? Bocor? Apa guna ice pack ni?

Ada ke sesiapa yang  pernah mengalami ice pack mereka bocor/pecah? Saya pun tak tau la apa cara yang ganas sangat orang2 yang handle icepack ni? Either me, hubby or babysitter..hehe..Tu je yang mungkin menyumbang kepada kebocoran ice pack ni.

Kalau korang pernah jadi camni apa nak buat? Ke redha je kene beli baru? As for now, saya masukkan je icepack yang bocor tu dalam seal bag then masih je guna hari2.. Benci tau nursery ni taun bile la nak beli frigde..dulu kata sebulan je, now dah berbulan2 kami angkut coolbag pegi nursery. Ish3..

nampak biji2 gel tu??? icepack ni la yang pecah, bocor dan lekit2..
eeee..leceh betul

coolbag favourite saya, techni ice and momslitlleones icepack

Kepada yang tak biasa dengan icepack ni, ia digunakan untuk menyimpan susu ibu (breastmilk) dalam satu tempoh masa untuk mengekalkan kesegaran susu ibu. FYI susu ibu hanya boleh bertahan dalam 4 jam (suhu di Malaysia ni) pada suhu bilik, dalam 2 hari di dalam fridge dan sehingga 3 bulan di dalam freezer. Dengan icepack dan coolbag ini, susu ibu dapat kekal segar sehingga 7-8 jam @ sepanjang masa baby di nursery. Juga praktikal dan sesuai untuk ibu2 yang pam susu di pejabat dan tiada disediakan fridge untuk simpan susu.

Namun ia bergantung juga kepada jenis2 susu dan hormon ibunya (jenis susu bergantung kepada apa zat yang ibu makan). Ini kerana ada ibu2 yang berkata susu mereka yang disimpan dalam fridge pada hari kedua sudah berubah warna dan rasa. Baby tak mau minum dah EBM tu. Bermakna ia hanya tahan 1 hari di dalam fridge bagi sesetengah orang. 

Kalau baby dah tak menyusu, icepack ni boleh guna buat picnic. Simpan air tin sejuk2, dadih ke dalam bekas tahan sejuk macam coleman dan isi icepack..Kan syok :-) Kalau tak kesah busuk, boleh juga letak daging or ikan dalam coleman berisi icepack kalau pegi pasar pastu lambat lagi nak balik rumah. So daging2 tu tak le cepat rosak.


Tuesday, April 13, 2010

Power Pumping Review

I can see the improvement of my milk supply after the 3rd day of power pumping. Like I said before, different people will have different result. Some may succeed just by power pump for one day while others need a week. Dun worry...Patience will be paid with satisfaction. For me, my pumping routine reduced from 4-5 times daily before my son turned 1 to only 2 sessions after his first birthday. This is due to the inconsistency of the pumping schedule especially when I need to leave my son for work and of course with lack of self discipline to fight the tiredness and sleepless nights, pumping  was sometimes missed. As a result, my BM reduced tremendously after I came back from Berlin last month.

If my daytime pumping at work could bring back at least 12 oz of EBM for Dhani, it reduced to only 7-8oz. From just a small 400gm Pediasure which only cost us RM 31/month, we changed to the 900gm one. When papa paid the cashier with the RM50 note, he started to say…"Mahal gak ye..Ni tahan berapa lama?” Confidently mama said.."Satu bulan. I’ll make sure not less than that..”

Bukan kami berkira untuk susu anak, tapi perubahan tin kecik kepada tin besar membuatkan saya sedih kerana my breast milk is no longer enough for Dhani. Last time (since Dhani turned 1), we brought the Pediasure just to be the standby FM if mama couldn’t manage to pump enough stock of 15oz for Dhani’s daily supply. Moreover, Dhani is quite thin at that time. That is why we choose Pediasure. Now sudah gemok sikit si Dhani tu..tak de la nampak tulang aje. Awal2 dulu, between 4-8 months rasanya lagi la demanding, he needed 20oz EBM daily at that time. Tapi masih bisa disediakan waktu itu. Now tidak lagi.

Starting from last month, I never reach 15oz/day anymore and not even 13oz. My daily supply will be around 7-11oz only. Baby sitter pun heran bila I bagi 2 botol EBM je instead of 3.

This is the reason why I started to mengadu nasib to my friend Intan. I was inspired by breastfeeding  journey of the 3 sisters (herself and her kakaks). Then is when she talked about the power pumping based on the experience of her sister, Peachy. My earlier entry about the power pumping is here.

With constant power pumping for 3 days at the same time (11pm-12am), I managed to get these result:
  • 1st day after the power pumping, daily milk supply increased from 7oz (a day before) to 9oz
  • 2nd day : again around 9oz only
  • 3rd day : 10oz
Slight increase of the BM production is sooooo much for me. The obvious change was Dhani no longer need a bottle of FM at night. That habit started few days after I came back from Berlin. 6oz of FM at night is a must. Otherwise, he nagis pejam mata, merangkak ke sana sini macam jalu like not getting sufficient amount of milk.  As for now, I stop the power pump but still continue with regular pumping. In fact, I'm trying   to pump more often..Ngantok woooo kene pump secara konsisten setiap malam untuk power pumping..Yang malas nye nak membasuh pump untuk standby ke ofis..:-) Can u see the keyword MALAS??? That is the root of this problem..lagi tak mau sedar kan??

But, do you think I am that MALAS??I dun think so(maaple mengangkat bakul sendiri)...kalau betul2 MALAS, mesti le saya dah lama sumbat FM je pada my baby kan??....Senang cite.

So, BF mom out there, maybe you should try power pumping once you experience low milk supply. But please be patient. Be prepared to do it again and again if the result is not there directly after the your first try.

Monday, April 12, 2010

Penang Mali

Kami berweekend di Penang ya..Maaf kalau saya tak berjalan2 melawat rumah blog korang weekend lepas kerana saya melawat rumah mertua saya..menggemokkan diri makan cendol pakcik best.ghindu pakcik...Juga makan pulut durian, ayam kampung, kari bawal..huh..tak dapat nak bayangkan betapa gemoknya saya.

Cubaan update blog pakai blackberry di kampung nampaknya tak beberapa berjaya. Boleh log in, pastu time nak wat new entry pulak error ntah bende, pastu hilang. Harus blaja lagi ni...tension je pakai bb tu..

Okla..cerita lanjut nanti ya. Saya harus mengerjakan Dhani yang dok buat sepah satu rumah..rindu mainan dia la tu..tadi sampai rumah terus main toys dia semua..terus mintak air dalam tumbler dia..terus tarik bantal busuk dia, baring..tido tak jugak..capek gue...

btw thanks to all yang datang melawat esp new visitors melalui entry pasal Ben Ashaari tu.datang2 la lagi :-) C ya..

Saturday, April 10, 2010

Ada apa dengan Ben Ashaari? Siapa mamat ni???


Ada sesiapa kenal dia ni? Ben Ashaari aka jejaka macho blogger tegar..

Entry ni sebenarnya ditujukan khas buat Ben tanda terima kasih kerana telah membawa sedikit tsunami kepada blog saya. Citenye cam ni. Lately  Ben ni buat Jelajah Blog di mana beliau ronda2 buat review pasal blog2 orang lain. Entry Ben ni memang banyak setiap hari..Tak terikut saya..sampai le satu masa saya borak2 ngan Ben pasal kerja menjelajahnye ini, sebab saya perasan Intan My Baby Blog (which is in my bloglist) ada buat entry untuk Ben jelajah blognya..

So saya tolong promosi dekat Ben like "Ben, Intan My Baby Blog tu ada wat entry untuk jelajah..Tengok2 le..Baby die comey pernah jadi cover Pa&Ma". So, Ben pun kata OK..lepas tu je saya tengok blog Ben ni berduyun2 orang respon untuk jelajah tu..boleh pengsan Ben nak wat homework tu..Takpela dia memang blogger tegar..Tak de hal punya..Weekend ni mesti settle kerja2 jelajah dia tu..Pastu saya cakap kat Ben "Awak jangan wat entry jelajah blog saya sudahle..Malu aa...bukan ada apa sangat pun blog saya tu"..Ben jawab.."Dah buat pun"... huh????

Dalam tak sedar..(nampak sangat saya tercicir untuk follow setiap entry Ben), Ben ada buat entry jelajah littlesharingspace..Tu yang pada hari tersebut, 2 April tak salah..macam ada tsunami je..traffic banyak sikit dari biasa..(my blog tak de la banyak sangat visitors tapi boleh la..thanks to all yang selalu datang sini). Entry jelajah littlesharingspace tu ada dekat sini.

Okla..Bercerita mengenai Ben, beliau adalah sebenarnya rakan seangkatan dengan saya..kami se office dekat 4 tahun dah. Mula2 kenal Ben 4 tahun dulu, rasa dia sangat belagak ok..I mean muka dia yang serius tu..cakap pun nak tak nak..pendiam orangnye..tapi dah makin lama makin banyak le cite Ben ni membebel..Paling menjadi bila dulu (last 2 years rasanya) dia ada geng menyakat orang iaitu Adi..(haha..we miss u Adi). Kesian saya tengok gadis2 pingitan di ofis di sakatnye..Beliau juga seorang body builder..Tengok je la badannye dan cite gym nye di blognye..tapi nonono..Jgn gatai2 ngorat Ben..BEN DAH KAWENNNNN.....Mahap Ben, saya highlight bold sket demi menjaga kepentingan Cik Puan Zila..hahaha..

Sebagai blogger, Ben start lebih2 kurang macam saya.. Dalam tahun lepas..tapi now Ben berada di tahap dewa2 blogger..saya ni takat kura2 terkedek2 je..Beliau juga adalah diantara orang kuat geng blogger. Bagi sesiapa yang nak kenal Ben lebih lanjut sila2 lah melawat dia ye..


Kalau ada sesiapa nak rasa tsunami menyerang blog korang semua, rajin2 le melawat entry Ben ini untuk siri jelajah blog. Tapi saya tak sure la untuk those yang dah establish..Saya rasa kebanyakkan kawan2 blog saya ni dah glamour dan establish kan? Yang Ben offer ni untuk newbies. Keterangan lanjut di sini. Yang Ben buat untuk jelajah littlesharingspace tu musim before dia bukak untuk newbies tu..Tak pun, korang join aje Gengblogger (ada banner dia kat sidebar saya). Saya tolong promote GB skali ni.. Kalau rasa2 ada entry best ping aja, nanti appear kat GB, ramai yang nampak, ramai la yang melawat..

Saya rasa antara tipsnye, keep in touch dengan blogger2 yang melawat kita..Bagi saya, saya akan selalu melawat dan tinggalkan komen (kalau sempat) pada blog2 yang saya suka baca dan tak kurang juga pada mereka yang mula2 saya tak follow sangat tapi saya perhatikan mereka ni selalu datang sini walaupun tak komen..thanks sangat2..u know who u r..yang jauh, yang dekat semua thanks ya..

Okla macam panjang pulak citenya..Keep in touch n happy weekend!!! Again Ben, arigato gozaimas..  

Friday, April 9, 2010

Berterima kasihlah pada suami

Bila diri tak daya nak buat kerja rumah seorang diri, suamilah yang membantu..
Bila dalam pantang, sekali lagi tak daya nak aktif seperti selalu, suamilah yang bantu..
Bila kadang2 rasa macam geram je kalau suami sepahkan barang or buat dek aje kalau kite tengah buat kerja esp kalau berdating dengan bola or F1, ataupun paling hangin bile kene potong masa shopping, nak balik cepat sampai kene tapau je KFC sebab hubby nak balik umh tgk F1. Muncungku panjang sejengkal. It’s Sunday OK. Kenapa nak kene balik awal dari shopping mopping ku? Jika perkara senagkatan dengan ini berlaku...

Cuba sabar dan jangan bebel, ingatlah dia selalunya bantu kita bila kita tak daya..tapi kalau kita berdaya, dia tengok saja :-) Juga bagi sesetengah suami, pantang sekali kalau kita boikot kegemarannya. So layan je la walaupun hati membara  :-)

Saya rasa sungguh sayu dan terharu (dah banyak kali pun berlaku sebenarnya), bila keadaan kepengsanan awal berlaku selepas pulang dari kerja, dengan barang2 anak dari beg nursery unpacked, breastpump masih dalam coolbag belum basuh, lepas susukan Dhani dan tukar CD semua, mama pengsan bersama babynya di ruang tamu..bile dah tersedar diri di ruang tamu, saya tau saya tido mati..sebab hubby mesti akan kejut tido di bilik..kalau masih di ruang tamu tu maksudnya saya tak sedar dunia.Penat apa di ofis smalam ek??Mesyuarat tingkap ke???hehe...

Bila ke dapur, semuanya telah dibasuh, dah masak air, makanan baby dari freezer dah turun ke fridge, beg baby dah unpacked, breastpump dah siap basuh siap dipasang  lagi semuanya..huh..rasa macam nak nangis....

Teringat masa pantang, saya selalu akan menulis list panjang berjeler2 untuk barang2 yang nak dibeli, hubby akan pergi beli semua seminggu sekali sebab tak mau menyusahkan my parents. Katanya biarlah abah belikan barang2 pasar je, lain2 dia belikan setiap minggu selama 4 minggu pertama without fail. Cuma bila dah bulan kedua saja hubby balik kg 2 minggu sekali. Makanan berkhasiat untuk mama esp anmum lacta dan buah2an tak pernah miss. Ulang alik babyshop ntah berapa kali sampai amoi tu tun dah kenal my hubby....

Tak terdaya nak mengungkit segala pengorbanannya. Tqvm dear. I love u so much. Nanti saya bodek awak masak2 nasi briyani lagi ek. Makan sampai boncet!!! or  nak sambal ikan bilis cili api yang awak suke ngecek time saya dalam pantang dulu tu?

Moral of the story...

Berterima kasih la pada suami, cuba tahan diri dari bebel panjang2 dan fikirkan segala yang baik dia dah buat kat kita sebelum bebel. Dan janganlah sesekali mencabar ego lelaki dengan mengeluarkan ayat2 yang tak sepatutnya bila kita tengah marah. Tak cium bau syurga nanti..Nauzubillah..

saja letak gamba tak bermotif ni di sini..
Budak Sinchan baru lahir..
1st Jan 2009, HUKM KL

mama yang gemoks dan baby mata bulat..
Baby also gemoks ye time ni..
my green pea..


Stop bebel to myself now. Blogging is therapy before I start my homework. Bangun lambat ni..ada 1/2 jam je ni sebelum iron baju dan bersiap pegi keje..:-)

Thursday, April 8, 2010

Ape kebendenye berjaga lagi time ni..

Ohhh..sungguh penat membeliakkan mata membaca bende2 yang dah lama tak baca ni sambil melayan American Idol..ye la selalu miss American Idol, so tengokla pagi buta ni..Sungguh penat dan sangat rasa nak tido. Take turn sat gie hubby pulak bangun tengok bola. Ni belum world cup start lagi ni. Kalau dah start meletup le TV kami ni on all night agaknye. Takut je esok 2 2 orang tak bangun kerja..

Apa yang saya buat tak tido lagi??? Membaca benda2 yang super pelik yang tak pernah saya terjebak sebelum ini. Tapi mulai sekarang saya akan cube menjebakkan diri dalam perkara ini..Cerita lanjut akan dipost from time to time ya. Awal2 ni biarlah berbelit2 dulu kepala cuba memahaminya dan juga berbelit cerita di entry ini.

Masih banyak post tertunggak dan tak de mood nak siapkannya kerana kepala sangat sesak time ni. Cubala kalau tibe2 satu hari saya ada kudrat buat marathon untuk siapkan semua pending posts tu..

Insyaallah one day...

Tuesday, April 6, 2010

Dhani nak dapat adik???

Bila ditanya “Dhani nak adik tak?” responnya muke toye aje..Tapi bila “adik” datang rumah kami..Inilah jadinya...

Adik Shasha

Muka excited tengok adik..Mula nak datang dekat adik..

Dah mula pegang2..konon2 nak main dengan adik la tu..

Huh..dengan ganasnya dia goyang2 mainan tu..Shasha relax je..mesti dia pk apalah si Dhani ni buat??

Dhani..Awak belum ada ciri2 abang..Tunggu dulu yek!!!hehe....

Adik Shasha ataupun Nuraina Salsabila iaitu anak kepada kawan saya, Fiza..Ala.. Fiza yang saya masak Nasi Briyani Sakit Pinggang tu...

Satu yang saya perasan, Dhani dah semakin faham cakap..Ada sekali tu, Dhani main kasut Shasha kaler pink comey...pastu saya risau je dia gigit kasut tu..Muka dia macam geram semacam..

So, saya cakap la.."Dhani, tu kasut baby...Kasik mama baby please"...

Terus dia kasik pada Fiza instead of me...lepas kasik tepuk tangan sendiri..Tak malu sungguh!! Apa2 buat pun tepuk tangan...Normally, kami tepuk tangan kalau Dhani berjaya buat sesuatu..e.g kemas balik mainan yang sepah or erase lukisan contengan pada drawing board dia..

Ni setakat kasik kasut kat mama baby pun nak clap your hand..Takpela boy...Kire pandai la tu..

Sunday, April 4, 2010

Man U kalah lagi...

Kalau dah tak tere tu nak wat camne kan???

Saya nak cakap pasal bola???Maaple saya tak tau..cuba untuk menanam minat tapi masih tak berjaya..

Papa tengok bola kat Sek. 7. Mama, Dhani n Mak De tengok lampu2 cantik kat I-City...Lagi best..Tengok bola kalau kalah pun wat pe kan??? Surela hari ni hubby tak pakai jersey Man U...hehehe...

Ni gamba kat I-City..sikit je dulu ye sebab nak g picnic nasi lemak....nanti saya up lagi..





Saturday, April 3, 2010

Nasi Briyani Sakit Pinggang

Buleh ka saya wat resepi macam tu?? Nasi Biyani Sakit Pinggang..Ni tengah break kejap lepas memasak dari pagi..Menu lunch adalah:
  1. Nasi Briyani
  2. Ayam Briyani
  3. Daging masak Hitam
  4. Ayam goreng
  5. Air Asam
  6. Papadam
  7. Air Laici
Special tak???Nyum2 kan? Penat saya mintak resepi dari mak sendiri dan mak mertua...Fiza aku sakit pinggang tau masak ni...hehehe..Sila datang cepat!!!!

Nanti saya share resepi dan gambar2nya ya....Nak menyambung masak nasi pulak..Kol 1 depa datang..Fiza ni kawan saya yang dah lame tak jumpe (lame sangat ke??berbulan2 kan Fiza)..last jumpe time Fiza dapat baby..Now baby dah 7 bulan ek??ke 8..Gossipping !!!!! Selamat le Mat pun dah ngam ngan Aie, bolehle kite borak panjang kan???

Esok nak masak sambal ikan bilis pulak untuk picnic nasi lemak ngn kawan2..boleh tak rancangannya: Intan masak nasi, dayang sambal bilis, Wanrose ayam goreng ngan telur...Mar???mesti ada menu spesel kan tuan ruamah????

Ini namanya Nasi Lemak Empat Sekawan..kalau salah sorang tak pengsan abisle jadi Nasi Lemak Tak Cukup Sifat kan????Mana la dapat idea camni kan???Pelik2 kawan2 saya ni...

Happy weekend all..Enjoy!!!!!!

Tag SEPULUH

Ada homework lagi..hehe..Program Tag mengetag dari kawan2 blog dan ini dari kawan baru saya YanaNuar


Tag ni namanya tag "sepuluh"..Syaratnye..

Copy tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda. Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya..Baiklah..akan ku jawab ikut bahasa peperiksaan  wajib lulus tu..

[1] Siapakah diri anda di rumah?
Sayalah ibu kepada Izz Dhani dan isteri kepada Mohd Firdaus. Saya bukanlah sesiapa di rumah tu melainkan tukang masak, tukang jaga anak, tukang cuci (kadang-kadang) dan tukang kemas. Kadangkala saya juga jadi permaisuri, jaga anak saja dan yang lain ada orang tolong..hehe..

[2] Siapakah diri anda disamping rakan?
Saya kurang pasti apakah rasa mereka terhadap saya tapi yang saya tau saya ada ramai kawan. Kawan ahli mesyuarat tetap yang selalu bersidang iaitu kawan2 sekuliah saya di menara gading. Selain itu, saya juga ada kawan-kawan lain dari pelbagai latarbelakang termasuk kawan2 pejabat, kawan2 sekolah, kawan2 belog (yang terbaru)..Di mata mereka mungkin saya ni ok2 sedang2 saja kot..hehe..kalau tidak mungkin mereka tidak mahu berkawan dengan saya kan??

[3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
- Saya mahu menjadi kurus seperti sebelum berkahwin dulu (53-55kg ye)
- Saya mahu pergi melancong bersama keluarga tercinta..Kalau boleh mengerjakan umrah dulu sebelum fardu haji, ke India (Taj Mahal), UAE, Geneva (tolongla suamiku dipanggil kerja ke sana lagi..saya mau ikut) dan disambung ke Zurich, Paris, Belgium dan senang cerita mengelilingi benua Eropah la, Korea (Jeju Island dan tempat2 Winter Sonata), last but not least Australia, Thailand dan Indonesia (bilakah kita mahu ke Bali sayang??)
- Saya ingin sangat menunaikan satu cita2 saya dalam masa terdekat ini..(akan saya ceritakan dengan lebih lanjut jika ianya menjadi kenyataan kelak)
- Saya sangat ingin bawa mak dan abah berjalan2 mengelilingi dunia
- Saya sangat bercita2 untuk menjadi WAHM tapi entah bilalah akan jadi kenyataan..hehe (kawan2 ofis saya senyap2 ye)...

[4] Siapakah nama pasangan anda?
Mohd Firdaus bin Abdul Karim

[5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
- Bukan setakat 5, lebih dari itu..Senang cerita semua saya suka pasal suami saya tu..Yang tak suka hanyalah itu, ini, dan ini..hehehe..

[6] Bila tarikh anda couple?
Serious saya tak ingat la, tapi yang penting masa itu, kawan2 saya semua pergi Genting tapi si cik abang ni ajak saya pergi mana ntah saya tak ingat, tapi akhirnya tengok bola di depan Amcorp Mall..Itulah harinya..

[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Ya, beberapa kenangan pahit..Tapi Alhamdulillah kami bersama akhhirnya dan saya sangat bersyukur kerana lebih mengenalnya selepas berkahwin..:-)

[8] Lagu tema cinta anda?
Adakah???Sekali lagi saya hilang ingatan untuk menjawab soalan ini..

[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Sedikit gemuk supaya sama gemuk dengan saya..Hehe...tidakla sebenarnya..biarla saya kurus sama dengannya bukan gemuk bersama-sama.

[10] Tag 10 rakan anda yang lain
Saya dah habis idea untuk mengeTAG kawan-kawan kerana baru2 saja mengeTAG mereka sebelum ini..Bolehkah saya mengulangnya? Maaf ye kawan-kawan kalau penat melayan tag ini..Kalau saya, saya suka aja orang tag2 ni...
- Ben - Mar - Wanrose - Intan - Zety - Chugie - Nafiiraa - (Cukupla ye)


Sudah habis power pumping hari ketiga.. Time to sleep...zzzzzzzzz (mimpi nasi beryani)..

Thursday, April 1, 2010

Power Pumping

Low breast milk supply is bothering me night and day and luckily I learnt something useful from my friend, Intan. According to her sister, power pumping may helps to increase milk supply. I did some research on power pumping and finally found this note from Angie through Mobimotherhood. She shares her experience dealing with low milk supply and  how to Increase Milk Supply through:
    • Food, Beverages, Herbs and Medications
    • Pumping and Techniques of Milk Expressions including power pumping technique
What is power pumping?

"Power pumping is a technique that can be helpful in building a milk supply.Power pumping involves using regular pumping techniques and setup, but in a unique way. The idea is to mimic a baby who is nursing frequently to increase a mother’s supply, as is common in the nursing relationship during a growth spurt. To power pump, hook-up as you would for a normal pumping session, pump for 10-20 minutes, rest 10 minutes, then pump another 10 minutes, then rest for 10 minutes, then pump again for 10 minutes. The mother does this for about an hour, once per day, to increase supply. At other pumping times during the day, routine pumping is used. It can take about a week to see an increase, so don’t get discouraged." quoted from mobimotherhood article by Angie Cannon

I tried the power pumping technique for the first time last night with extra effort of drinking homemade herbal drink consist of fanugreek (halba), cumin and aniseed (jintan manis dan jintan putih), cinnamon stick (kulit kayu manis), cloves (cengkih), galangal (lengkuas) and ginger (halia). The main ingredient to boost milk supply is actually the fanugreek but the rest have their own health benefits for women like halia untuk buang angin, kulit kayu manis untuk batuk and lengkuas untuk buang lemak or kurus (my mom yang cakap..I percaya aje...) This herbal drink also appeared in this entry before.

Some people get the result immediately after the first session of 1 hour power pumping but some may need more. As advised by Angie, please give yourself few days up to a week to see the result.

My result???.......will be the next entry with additional few days of power pumping outcomes.I'm now having my second session. Intan said, her sister's BM increased immediately after her first try..Alangkah bertuahnya...Her son is still exclusively breastfed and reaching his first birthday soon.. Again, alangkah bertuahnya baby Shaq..

Insyaallah I will try my best to fully (exclusively) breastfeed adik2 Dhani nanti..Saya akan buat tindakan drastik jika perlu..Insyaallah!!! Saya dah niat dalam hati..

Maaf Dhani... Mama kurang ilmu berkenaan BF untuk anak pertama. Better late than never, I will keep trying to maintain if not to increase my milk supply at least until Dhani turn 2.. U deserve the best dear..I love u so much..

Milk Supply Increase Because of Power Pumping?

Betul tak betul ni??tapi tak de la bendenye sangat cume I curious sama ada ni sebab power pumping semalam or sebab bihun goreng telur mata + yee mee sup dan pretzel????

Nanti malam saya cite pasal power pumping ni ye..Saya masih tak dapat relate makan banyak untuk banyak susu??Benar ke tidak???

Ikan Siakap Sweet Sour 3 in 1

Inilah dinner kami malam tadi...Dhani yang demam pun makan, tapi ikan and sayur Dhani mama rendam air sikit kasik ilang pedas (ilangkah zatnye sekali??). Kejap aja tak ilang zat la kan..


Ikan sweet sour ni jadi 3 in one kerana saya campur semua sayur-sayuran dengan ikan ni sekali.. Sweet+Sour+Vege..hehehe..Jimat masa untuk ibu2 yang bekerja kan???

Resepinya, biasa2 je..rasanya ramai yang reti wat sweet sour kan? Tak yah le saya tulis resepinya ya..Cuma untuk anda yang tak da masa malas macam saya, bolehlah humban semua sayur sekali kat dalam satu lauk..

Cuma sebab hubby suke ikan yang SANGAT GARING, saya rasa macam makan ikan kering pulak..sampai senget2 ekor ikan lekat kat kuali..takpela, ikutkan le tekak suami..