Wednesday, March 31, 2010

Baby Healthy Eating Planner : 1 year old baby

Today i would like to write about the healthy eating planner for baby by the age of 1 year, taken from the guidebook that i love so much. It was at my last post (Baby Healthy Eating Planner) where I introduce this usefull book and the reason why I love it.

Since my little Dhani is already 1 year old, I read this book again for ideas to prepare nutritious food for him. Last time I read this book was about 3 months ago (dhani was 9 months). This book covers every stage of the baby and toddler based on thier age. Therefore, you will be advised on the new food that your baby can eat, different ways of cooking and also tips on storing (freezing) the cooked food (very usefull for FTWM).

Cuba teka menu lunch saya ni..



My Lunch today..Siapa tau apakah ini??

Bende ni ada beberapa flavour : strawberry, chocolate dan yang ini vanilla ditambah dengan fresh mango dan sedikit anmum lacta supaya lebih creamy..sangat yummy..

TQ Ben..Top Blogger Award 2010

First of all..of coz THANK YOU BEN...kasik award ni walaupun saya hanyalah setahun jagung dan tak le se top mana..

Kalau u all nak tau BEN ni memang top..pegi2 le menziarah blognye..taule korang betapa topnye dia..
Tapi sorryla sebab saya lambat mengentry pasal award ni..sebab-sebabnya saya ada nyatakan di sini.

Bagi menerima award ini, ini adalah antara syarat-syaratnya:
Thank &  link the person that gave you the award.
- Ben aka Ben_10 (ada link di sidebar saya ye)

Pass this award to 13 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic..
- Saya kasik pada yang saya lom kasik award sebelum ni dan mereka ini adalah antara yang aktif di blog saya ini. Ada juga diantara yang support blog ni di awal2 time saya mula berblog dulu..Yang lain pun aktif gak, nanti saya bagi award lagi ye (kalau le ada orang bagi award lagi kat saya..hehe)terlebih 2 jadi 15..belehla ek..
  1. Mama-Miya
  2. Suliana (baru berkenal2 ni)
  3. Ieda (ni kawan Dhani..hehe)
  4. h4ni3
  5. Aidie
  6. Eyriqazz yang glamer iteww...
  7. Hanz juga yang glamer itew..
  8. Mommylyna juga juga yang glamer itew..
  9. Ealyie
  10. YanaNuar
  11. Intan My Babyblog
  12. Dr Fauziah
  13. CatlinaFly
  14. Nadnye
  15. Ustaz Cahaya
Sudilah menerimanya ya..

Musibah sakit masih belum berakhir dan hari ini saya masih memantau keadaan Izz Dhani :-(
Will update about him soon..

Tuesday, March 30, 2010

Apa dah jadi? Kenapa begini?

Senyap menyepi beberapa hari...Saya masih belum bersedia dengan entry2 yang baru...bagi yang tau dan dah baca FB saya sebabnya :

Pada 27 Mac 2010, bersamaan dengan Earth hour di malam yang berbahagia itu, Streamyx saya terlebih masa celebrate sampai offline sepanjang malam..tension betul dan saya akhiri malam yang sepi dengan tido awal..

Ahad pulak, 28 Mac 2010, masih ada perasaan cenoneng rasa demam selesema, saya sempat FB je..pastu Dhani dah bangun..

Semalam 29 Mac 2010, di malam yang berbahagia juga konon2 nak online tapi si hero pulak wat perangai sampai tido kol 2am..so wassalam.. Sebenarnya sebahagian entry ini ditaip malam tadi dengan tajuk yang lain, tapi disebabkan tak sempat nak upload gamba jadilah entry with no head and tail...tajuk pun tak tau nak letak apa..

Sebenarnya saya nak cerita pasal Ole-Ole Bandung Bali, Top Blogger Award (maap le Ben, lambat saya meresponnye), Giant Camera dan macam2 lagi..semuanya terperap je lagi...

Doakanla saya dan anak cepat sihat ye..kalau tidak mamanya ini tidak dibenarkan online dan mengusung dhani je ke sana sini..

Friday, March 26, 2010

Lemahnya antibodi Ibu

Kalau anak dah selema batuk semua, mamanya pasti akan berjangkit..Dah 3 kali rasanya jadi macam ni..Yang bestnya Dhani tak demam pun, cuma batuk selesema dari last week dan dah nak baik..Tiba2 mamanya pulak yang demam. Siap MC 1 hari dan ni dah hari ke-3 masih bersoksek sana sini kat ofis ni..Sungguh tak daya, macam rasa nak tanggalkan hidung je..Antara petua tradisional ibu:
  1. Mimum air honey lemon (saya siap buat madu tualang lemon lagi)
  2. Rebus kulit kayu manis and halia, minum airnya (untuk ubat batuk)
  3. Makan panadol soluble kalau dah ada rasa macam2 nak demam, 3 kali sehari, sure tak jadi demam..tak tradisional ye tapi abah saya selalu buat
Saya dah cube yang no 1 je..weken ni kot buat no 2...Ada ke sesiapa ada tips lagi camne nak elak berjangkit kalau anak deman selesema?? Surela saya tak dapat nak mengelak dicium + dapat extra lekit lekitan tu kan?

Wednesday, March 24, 2010

Dah Jumpe Gadis2 berpicnic

I checked my email this morning and too happy to hear from the girls again. Please read my n3 about the story of the girls who picnicking with my little Shinchan..

Here they are : Farah, Syaheeda, Fatin, Fatihah, and Afiqah


  Photos are from Syaheeda's blog

And this is about her post..


Nice meeting u girls (online and offline)...Belaja rajin2 ye..Kalau kawen jangan lupe jemput adik Dhani ye...

Tuesday, March 23, 2010

Sinchan Picnicking with the Beautiful Girls...

Cerita pasal Hot Air Balloon Fiesta belum abis ye..Ini adalah sambungan tapinya this one focus more to the best shots of the Dhani aka Sinchan who mengorat kakak2 cantik yang berpicnic dekat dengan kami di area  Monumen Alaf Baru, sambil menunggu uncle and aunties Dhani tour Lake Cruise.

Dengan lagak tak reti diamnya, Dhani biasa la berjalan ke sana sini dan jugak membuat cubaan makan pasir dan rumput di kawasan garden tu. Tak larat mama nak layan, so papa je la yang berlari2 bersama anak. Dah penat main, Dhani dok tersengih2 dengan group kakak2 tak jauh dari kami. Tibe2 kakak2 tu (kakak for Dhani but adik for me la, since saya dah tue..hehe) bagi cupcake picnic depa kat Dhani..Isey. Anak mama ngendeng orang ke??Malunye....

Then ok la, soh la Dhani amik..Malu la pulak..Last2 mama pun angkut le teman di kecik amik cake dari kakak....


Mula2 offer Dhani makan macam tak nak, mama suap konon2 tutup mulut..Pastu kasik dia can suap sendiri..Over acting ok..Actually ini first time kasik Dhani makan kek sendiri..So comotnye tak hengat...


Close-up sikit

Dah lepas makan2 cupcake, then cuci tangan...Kakak2 ni snap gamba Dhani..Mama dengan tak malunya carik pen and kertas, tulis email..moga2 la adik2 ni nak emailkan gamba Dhani..pastu try le approach diaorang..

Baik budak2 ni, diorang kata "Malam ni jugak kitorang email"..hehe..tqvm...pastu boleh siap offer lagi..
"Nak amik gamba lagi tak??" Of course le nak :-) Siap main bubble gun lagi kasik Dhani excited... Cumenye budak kecik tu static je tak gerak..mungkin malu kot dengan kakak2 cantik tu semua dok agah2 dia..

Enjoy the picas as I enjoy and love them very much ya...Tq sweety Farah, Syaheeda and Fatin....Selamat le tak ilang add email saya ye adik2. Dapat juga saya tengok gamba2 ni..TQ again..


Menggigit straw adalah habit Dhani lately..

I love this pic so much. :-)
Pandai diorang ni amik gamba..

Monday, March 22, 2010

Putrajaya Hot Air Balloon Fiesta 2010

Sabtu lepas, kami sekeluarga ke Putrajaya untuk menyaksikan 2nd Hot Air Balloon Fiesta 2010. Ini adalah aktiviti cuti sekolah untuk adik2 saya yang datang ke KL. Kami konon2 nak gerak jam 7pagi, tapi sebab lambat bangun akibat mamapapa tengok wayang midnight dan Dhani tido 430am, kami gerak ke Putrajaya jam 830am.


Seperti yang dijangka, parking penuh. Tapi masih ok. Alhamdulillah!! Kami dapat parking cantik tak jauh dari tempat balloon tu. Mula2 konon2 nak kasik budak2 kecik tu naik balloon, tapi sebab lambat datang, tiket dah habis. Kaunter kata kol 530pagi orang dah beratur nak beli tiket. Tiket dijual dengan limit hanya 300. Sorryla cik..tak kuasa kami beratur awal2. Selamat gak tak datang kol 7pagi. Kalau tak mesti menyesal tiket dah abis..

So, ini lah gambanya di sekitar fiesta tu....panas tau, peluh2 semua....

 The balloons
Mama and son

Dhani's Aunties

Dhani yang excited
Dapat Balloon Ultraman

Cruise Tasik

Sementara tunggu adik2 saya naik cruise, kami (saya, hubby, mak, abah dan Dhani) duduk2 kat taman. Ni le aksi Dhani main bubble. Sekali lagi over excited..


Sebenarnya ada cerita di sebalik gamba di taman ni. Bukan kami belikan dia pun bubble gun tu. Tapi Dhani dah jadi ala2 Sinchan gatai dok buat muke cute kat aweks yang tengah picnic dekat2 area kami duduk situ. This story deserve its own entry (with more pics). Panjang pulak nak cite kat sini. Tunggu esok ye..


Beautiful Blogger Award

Thanks to Ms. Chugie yang kasik award ni kat saya..Senyum melebar saya sampai ke telinga..Ye la kan, nak kata award2 lain tak pernah le saya dapat..So yang ini akan saya tepek di sidebar saya..Moga dapatlah award2 lain nanti..Amin..

For this award, here are some rules to accept:

1) Thank and link the person that gave you the award. Sekali lagi..Thanks Chugie!!!!

2- Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic..mmmmm..sape ek???
* Intan *Wanrose *Mar *Mona *Mien *Zety *K.Leo *K.Bad *Maya *Cik Quiz *Fely *Yatiechomeyl *Nafiiraa *Syigim*Mysis  

3- Contact said blogs and let them know they've won the award. Will do..Tengah wat satu-satu nie..

4- State 7 things about yourself.
  • A lovely mom and wife (hehe..I angkat bakul sendiri)
  • Still too ambitious but not too workoholic anymore coz I love my family more
  • Wasatiah (harap2 la berterusan)
  • Gemok tapi sedang berusaha untuk kurus
  • Tak excercise dah skarang ni
  • Thinking to change ******
  • no more for no 7 (buleh ka begini)
Kawan-kawan, sila la menerimanya ya!!!!

Sunday, March 21, 2010

Finally..We Watched 3D AVATAR!!!!!!!!! So Ketinggalan Zaman Us...

Pengakuan outdated saya..Akhirnya kami bedua (tanpa si kecik yang sibuk) dapat juga tengok wayang dan apa movie yang kami tengok??

......AVVVVVVVAAAAAAAAAATTTTTTTTAAAAAARRRR......


Sangat ketinggalan zaman kan??? Takpela, at least sempat juga kami tengok yang 3D punya..Itupun free kerana redeem free voucher for our birthday month..dan hanya ini masa yang sesuai coz my mom kasik kami tgk wayang dan tinggalkan Dhani kat umah.hehe..Tq Mak..Kami tinggalkan dia lepas dia tidur..movie midnight kat Pavillion..

Komen saya, memang best tengok 3D ni...walaupun ada yang kata agak pening tengok AVATAR 3D, tapi saya rasa ok dan saya prefer dari yang biasa kerana visual effectnya sangat real dan rasa kita involved dalam setiap scene di Pandora tu..Sound effect dan theme song pun best..

Dari segi jalan cerita, of course saya tak berapa berkenan bab2 Eywa tu, tapi if we divert to the positive side of it, I love the element of unity, courage and loyalty amongst the NAVI and at the same time mereka tidak kolot dan boleh terima pendapat orang lain walaupun dari outsiders.

Overall we love it......

Dalam masa nak menunggu masa masuk, kami jalan2 untuk minum dan saya sangat teruja nak minum chocolate kat Theobroma Chocolate Lounge ..tapi sayangnya dah nak tutup..jadi tengok2 je la ye..

 
Kami tiba di rumah jam 3.30am dan Dhani dah bangun tido..Sangat ngantok nak layan dia dan saya tidur dekat 430am..Kol 7am dah bangun semula untuk pergi tengok Hot Air Balloon kat Putrajaya...Sangat ngantok wooo..Tapi puas hati sebab dapat berweekend dengan keluarga..


Tuesday, March 16, 2010

Transporting and Storing Breastmilk-Malaysia Airlines Experience

Alhamdulillah..Saya telah kembali ke tanahair tercinte!!!!!

Lepas lepak2 ngan mak, story morry semua, now tibalah masa saya membelog sekejap dan lepas ni qada' tido!!!! Dalam flight tadi tak tido sangat..Sempat tgk 2012 dan Twilight (ketinggalan zaman kan saya??). Dah 2 tahun saya tgk wayang sekali je.Tu pun time hari cuti tapi ada urusan ngan hubby, so kami anta Dhani ke nursery..Kami tak de bibik or parents di KL nak parking Dhani dan pegi berdating selalu..Mana2 pegi usung la si kecik yang banyak cekadak tu..

Flight dari Berlin-Frankfurt-KL berjalan lancar walaupun ada delay 30 minit di Frankfurt.

Ada cerita menarik dalam flight tadi iaitu pengalaman saya berBF dan dibantu oleh "steward"..bukan stewardess ye..STEWARD!!!!

Ceritanya macam ni..

Seperti biasa, untuk long haul flight, saya terpaksa pam di dalam flight..Kali ni perjalanan ambil masa 11jam dari Frankfurt ke KL. Jadi, saya pump di satu corner dekat dengan pantry di bahagian tengah aircraft tu..Bila dah siap pump, saya kasik EBM pada stewardess minta tolong simpan dalam fridge. OK la settle!!!

Untuk pump session kali ke-2, saya pegi situ lagi, pastu macam tak de cabin crew sekitar situ (time tu tgh bergelap semua orang tido)..Jadi saya balik tempat kejap sambil kemas2 beg. Tiba2 datang si mamat hensem kat tempat saya.
En. Abang Ensem : "Nak simpan dalam fridge ke?"
Saya terkejut le sikit sebab saya tak panggil pun..

So, saya jawab: "Ha aaa..Thanks. Sekali dengan yang tadi ye. Dah ada satu botol kasi untuk simpan fridge"..
Ok la.. Dia senyum dan saya pun lega..Tak yah saya panggil. Dah le banyak kali saya panggil depa sebab saya tak le tido. Mintak adapter la..nak pakai laptop, mintak teh, hot choclate, air suam dan sandwich..Mcm tak suka pulak nak menyusahkan (walaupun mmg keja diorang)..

Yang nak jadi cite time nak landing, cik abang tu datang tempat saya..Dalam hati..Mamat ni lagi..mana si cik adik manis???
En. Abang Ensem: "Ada coolbag ke nak letak EBM??" 
Saya : "Tak de. Dalam luggage. Takpe nanti saya isi dalam coolbag time dah amik luggage"

En. Abang Ensem : "Takpe nanti saya bagi ice"
Dalam hati saya..Ish!!susah2 je..Tapi time kasih..Nak bagi apa salahnye..Lepas tu rasa macam tak sedap hati (lagipun memang nak pegi toilet)..Saya pun pegi le ikut dia..Dia masukkan ice dalam sealbag then letak 2 botol EBM dalam tu..Sambil dia buat tu, berdialog lagi (segan pun ada, ntah tibe2 laki pulak yang uruskan EBM saya.kalau pompuan tak le segan sangat...Tapi ye la, tak kan saya nak buat macam rumah sendiri pulak kan??..)
Saya : "Time kasih la.. Susah2 je. Siap tanye lagi ada coolbag ke tak. Last time saya pump gak time balik dari Osaka, tapi stewardess tu bagi je saya EBM tu dalam plastik tak de tanya pape."
Surprisingly En. Abang Ensem menjawab..
En. Abang Ensem : "Diorang tak tau tu..Anak I 5 months and my wife pun breastfeed.."
Saya : "Ooooooooooooooooooo..Padanla U tau..Thanks..Tak sangka ada yang concern..Tak semua orang faham..."
Disebabkan dah nak landing, saya tak dapat nak berbual lama dengan beliau..Tapi saya kagum..Alhamdulillah!!!Inilah contoh2 suami mithali..Yang faham dan support breastfeeding..Semoga anda yang macho2 yang baca entry ini pun harap2 dapatla jadi macam En. Abang Ensem ni ye..Support, encourage dan ringan tangan bantu wife dalam urusan BF ni..juga concern dengan wanita lain yang BF..Especially kalau jadi boss..Nak meeting ke pape pade2 la..jangan le non-stop berejam2..

Bukan saya nak cakap apa, tapi saya masih ingat dan tak kan lupa sampai bila2 experience pertama saya nak ke luar negara dan bertanya dengan si Cik Adik Manis pasal BF..Nak tau dia jawab apa??? "Kenapa nak kene bawak susu?". Kalau uols apa nak jawab??????

Saya kaget dan jawab...TAKPELA, THANKS!!!!!!!!! (dalam hati: "cakap banyak pun tak guna cik adik manis..Badan solid molid, pinggang ramping kerengga berkebaya..tapi tak de awareness pasal BF..Nak je aku cepuk ko...")

* Nanti saya cite lagi berkenaan BF time outstation dan transporting EBM for long journey ya.. Bagi yang menunggu gambar2 di sekitar Berlin pun akan saya upload.. Insyaallah....

Monday, March 15, 2010

Tungku Herba dari Thailand

Dalam mencari2 souvenir untuk keluarga, saya terbeli satu benda yang sangat menarik di ITB Berlin. Saya akan menulis lebih lanjut berkenaan ITB nanti ye.. Yang ini pasal tungku herba dari Thailand.

Saya tertarik dengan bau harumnya dan juga bentuk comelnya lalu saya membeli tungku ini. Antara herba2nya adalah : halia, daun pandan, limau purut, kunyit dan beberapa jenis daun lain serta herba2.

Antara khasiatnya adalah untuk digunakan mengurut badan2 yang lemah dan untuk kesegaran badan. Ada juga rasa mcm sejuk2 mint time dia testing kat tangan saya..Juga boleh digunakan oleh ibu2 yang sedang dalam pantang. Nak gunanya senang aja, stim kalau ada steammer, kalau tak, periuk kukus ke atau apa2 cara nak stim pun boleh jugak. Tuamkan pada anggota badan dan urut. Lepas guna simpan dalam plastik, lepas tu masuk freezer supaya herba sentiasa segar dan bau tak hilang. Tungku ni pakai herba segar dan bukan herba kering. Jadi penggunaannya hanya untuk tempoh 2 minggu untuk 1 bulan je..So kalau dah stim waktu pertama kali nak guna, cuba maximizekan penggunaan.  

So ini la bendanya...saja beli nak kasik souvenir pada member yang akan bersalin tak lama lagi dan buat pakai sendiri..Siap borong 6 lagi..Nak kasik mak jugak..Kalau ada sesiapa nak beli dari saya boleh jugak..ada kuota kosong lagi..hehe...



Sunday, March 14, 2010

Breastfeeding : Demand and Supply

Saya baca article Ummi Khayra berkenaan breastfeeding journeynya di 1superkids. Ini membuatkan saya terasa ingin berblog juga tentang demand and supply untuk BF. Saya sedang mengalaminya.. Kemalasan akibat kepenatan meyebabkan perubahan ketara pada volume EBM yang dihasilkan.. Untuk hari ke 7 di Berlin ini, EBM saya telah menyusut hanya dalam 2-3oz sahaja untuk setiap pumping session. Ini kerana saya telah melengah2kan pump tanpa jadual yang tetap..

Pada hari pertama, mulai dalam flight hingga touched down di Berlin, jadual pumping lebih kurang macam ni:

  • 7am, 12pm, 5pm,11pm (so dalam 4 kali sehari dalam selang masa 5-6jam sekali)
Mungkin disebabkan dah 15 bulan umur Dhani, penghasilan susu pun tak la semeriah dulu.. So saya masih boleh bertahan sehingga 6 jam.. Lagipun di sini saya kurang minum air dan makan.. (nak diet la konon, x mau makan banyak,,adakah berkesan???tak tau le kurus ke tak). Kalau dulu di Japan saya konsisten pump setiap 4 jam..termasuk bangun malam..

Then, starting from the 4th day onwards, saya telah melengah2kan pumping session sehingga hanya 3 kali sehari:
  • 7am, 3pm, 12am (3 kali sehari dalam selang masa 7-8jam)
Ini kerana, pada mulanya saya tetap konon2 disiplin pump jam 12pm, tapi saya rasa EBM sangat sikit (dalam 2oz je)..tu yang saya drag sampai kol 3...dan akibatnya, penghasilan susu semakin kurang..

Saya sedih dan risau kalau ia makin kurang dan anak terpaksa diberi lebih FM dari BM selepas saya balik nanti..Insyaallah saya akan cuba perbaiki dan cari jalan bila balik nanti..

Moral of the story...Jangan malas..Inilah jadinya...no demand no supply!!!!!!!

Saturday, March 13, 2010

Dinner at Vapiano, Berlin

Saya sungguh ngantok..pengsan woo kalau hari2 tido lambat kat cni...tapi tadi makan best..

Malam ni, kami dinner di Vapiano, just about 5 minutes walk from the hotel. Selain tu, antara lunch dan dinner yang best adalah di one of the thai restaurant dan juga uncle kebab di sekitar Kudamm, Berlin..Bestnya hotel ni dekat dengan tempat makan, dan shopping segala..Ala2 kalau konon2 kat Malaysia, hotel saya dok ni kat Bukit Bintang..kira macam tu la..semua jalan kaki je..Tapi kali ni saya nak cite pasal Vapiano je ye..

Mmg best  kat sini sbb makanannya dimasak segar dan konsepnya yang unik. Customer kene beratur ikut station mana kita nak makan either pasta, pizza, salad etc..Setiap orang pula akan diberi kad (macam access card gitu) untuk bagi pada cook di station yang kita nak beli makanan tu, lepas nak keluar baru bayar..

Saya makan makanan favourite, shrimp spinach pasta with cream sauce dan green tea lemon..sungguh menjilat jari..Yang bestnya shrimp tu ofcoz fresh, daun2 basil, parsley semua petik dun2 time nak masak..ala2 ada pot kecik tanam pokok2 tu, macam rancangan masak2 afc..yang paling penting, tak kedekut cheese..yang bestnye bila ditanya nak spicy, saya mule2 takut nak pedas sangat, tapi bile saya ingat ni bukan kat M'sia, pedas orgputih ni takde maknenye kita..so saya pon nak..mungkin dia tau kita ni orang asia, dia offer nak xtra pedas ke??saya iyekan aja..hasilnya biasa je..tak ke pedas mana..tapi mmg sedap dan rasa fresh sangat semua..cume mungkin kurang creamy kot..hehe!!!

Tapi saya tak bawak camera, saya amik dari internet ye...Mintak izain googles and the geng!!

Vapiano Berlin

Konsep beratur di kaunter Vapiano..
Nampak tak pokok2 berdaun di kaunter??tu la yang dipetik masuk dalam makanan


Makanan saya ala2 macam ni..Shrimp n spinach pasta


Botolnya sangat cantik...Tehnya sangat refreshing

Lepas dinner, kami pegi HRC Berlin (sekali lagi ok) sbb ada yang datang dari Paris ni ajak berjalan..Kami dah memborong dah sebenarnya first day tu..tak sia2 ikut die pegi, dapat sehelai t-shirt free!!!!TQ Mr. Boss..I lap u!!!Ada hikmahnye saya tak beli untuk diri sendiri..belikan untuk orang2 tersayang je...rupanya ada orang nak belanja..Alhamdulillah.

Then, again macam time kami pegi HRC haritu, supper kat Haagen Dazs on the way back to hotel, minum kopi..14 Euro for 4 of us..Not bad ahh?? Kat M'sia???? huhuhu ku tak mampu...tengok2 lalu je meleleh air liur kat ice cream tu kalau lalu nak gi parking kat klcc.. Ice cream kat cni, satu scoop 2.30 Euro je...(jangan convert ye..sila pejam mata)!!!!

Where next for dinner??? Esok boss lagi belanja.. I follow je!!! Lunch tak yah cite ye..tak menarik..banyaknye makan time keje je and maggie (3/5 sudah...ada lagi 2..teruk kan?? nasib baik je banyak EBM dump esp lepas rasa bersalah makan maggie, kalau tak anak mama makan maggie gak..huhu)..

Oklah..time to sleep..C u  again soon with other interesting story from Berlin...

Friday, March 12, 2010

Berlin is Still Snowing

I had my breakfast at this morning (now is 742am in Berlin), looked out the window and realised that it's still snowing here. Today must be colder than yesterday and before since we also had light rain last night.

I should wear 3 layer inner instead of 2 then....



This morning


2 days ago..No snow at all but still too cold at 2^c

Schlecker dan Dove Beauty Body Lotion

Saya dah beli lotion macam yang dinasihatkan oleh kawan2 disebabkan kulit saya yang kering dan gatal. Alhamdulillah tadi siang tak gatal sangat..Saya cuba carik nama2 yang disebut oleh kawan2 tapi tak jumpa kat satu kedai ni.. Pastu dah beli dove lotion, baru nampak schlecker (convenience store) macam guardian, kat situ rupanya adala seba med lotion..Menyesal tak nampak schlecker tu awal2 tapi dah terbeli lotion dove tu, saya pakai je dulu..cuma tambah beli vasaline sbb tak bawak dari umah.

Dah le jenuh membaca nak carik mana yang lotion, mana yang cream, syampu ke apa sebab semua dalam bahasa Jerman..

Ok..btw ini la gamba lotion Dove dan Vaseline petroleum gel tu..Best gak pakai sejuk je..tunggu lagi satu dua hari ye saya tengok kesannya macam mana..These 2 items cost me 5 euro...dalam RM 25...Bolehla!!!!Tapi besar gabak..buat penuh luggage je..Saya gak dah start mandi air tak panas macam nasihat Dr. Fauziah..cume gatal2 tu dah mula nak luka sbb saya masih ada garu2 lagi..hehe..harap2 ok la pasni..