Saya sangat seronok membaca buku
Azizi Ali: Bagaimana hendak menjadi Jutawan Hartanah. Bukan nak beli rumah banyak2 tapi sekadar mendapatkan sedikit panduan untuk pembelian yang berbaloi. Kalau dapat betul2 jadi Jutawan Hartanah pun apa salahnye..:-)
Saya pinjam buku ni dari
library dan baca macam
snail..hehe..dah sebulan pinjam pun tak habis baca lagi..Ye la nak baca buku, surat khabar, blogging, basuh baju, masak..etc...mane la sempat nak buat semua..tapi saya tetap menanam semangat membaca berdikit-dikit walaupun cik
librarian banyak kali kasi saya
reminder lambat pulang buku..Untuk tidak sia-siakan pembacaan saya, baik saya
share dengan
readers blog ini kan?? harap2 anda berminat untuk terus membaca
entry saya tentang Jutawan Hartanah ini..
Ok berbalik pada tajuknya "Feng Shui"...Boleh ke umat Islam percaya? Nak kene percaya ke Feng Shui ni kalau nak beli rumah??
Pada pendapat saya dan melalui kefahaman dari pembacaan buku ini,
Kalau kita nak beli rumah untuk
investment, Feng Shui harus diambil kira untuk senang jual balik degan harga yang berbaloi.
Sebagai umat Islam, kita tidak seharusnya taksub untuk percaya Feng Shui kalau nak duduk rumah itu, tapi cuba bayangkan kalau kita nak jual rumah tu, daripada 3 orang yang berminat, pastinya anda akan jual kepada bakal pembeli yang sanggup membeli dengan harga yang paling tinggi daripada yang 2 lagi asyik dok
nego nak kurang harga. Tapi sayangnya bila pembeli pertama tadi (yang nak beli dengan harga tinggi)
check Feng Shui rumah kita, dia tak jadi nak beli kerana rumah kita tu tidak elok dari persektif Feng Shui..Rugi tak?
Kenapa kita tak
invest pada rumah yang akan mendapat 100%
possibility untuk diminati? Hanya kerana tidak mengambil kira Feng Shui, rumah kita dah kurang prospek pembelinya..Belum lagi kira faktor2 lain seperti lokasi, kemudahan, kepadatan penduduk, kesesakan lalulintas dan TOL!!!!(banyak projek perumahan yang tak laku nak dijual mahupun disewa kerana ada TOL yang banyak di sepanjang perjalanan ke taman perumahan itu..Tak perlu la saya beri contoh kan? Anda pun pasti pernah mengeluh nak pegi rumah sedara atau kawan yang asyik kene bayar TOL...macam tak nak pegi je kan? tapi tak baik pulak)..
Jadi, bagi anda yang baru nak beli rumah dan bercadang untuk jadikannya
investment, bolehlah perhatikan perkarap-perkara ini kalau pergi ke
show unit..Dan kalau rumah masih dalam pembinaan, pastikan anda dapatkan pelan lot rumah tu dan perhatikan betul2 lokasinya rumah kita tu di mana (timur, barat, utara,selatan), mengadap mana (jalan,hutan) dan sebagainya..
Menurut Feng Shui, elakkan:
- Rumah yang menghadap jalan lurus
- Rumah yang menghadap simpang tiga
- Nombor rumah yang berakhir dengan angka 4 (membawa maksud beritma dengan kematian dalam bahasa Cina)
- Rumah yang bersebelahan tanah perkuburan, tempat pembuangan sampah, janakuasa elektrik
- Unit paling atas dalam apartment
Jangan tanya saya kenapa sebab saya bukan pengamal Feng Shui dan saya pun tidak mahu ambil tahu kenapa. Tak mau taksub pula dan boleh bawa kepada syirik. Tapi yang saya tahu, perkara ini baik diambilkira kerana mungkin bakal pembeli rumah kita sangat pentingkan perkara ini.
Sekali lagi saya nak ingatkan, ini hanya panduan (kalau anda nak ambil kira) bagi rumah untuk
investment. Tak perlu ambil kira perkara ini jika kita nak beli
rumah kekal (rumah yang anda nak tinggal terus sampai tua dan tak ada intention untuk jual). Kecualilah jika anda pengamal Feng Shui, tentunya perkara-perkara berikut memberi maksud dan membawa kesan dalam hidup.
Selain Feng Shui ada banyak lagi tips yang dikongsi dalam buku Azizi Ali ini. Insyaallah nanti saya
share lagi ye...Semoga tips ini dapat membantu anda dalam pertimbangan untuk membeli rumah yang ada
value untuk
investment.
Wassalam.