Recent Posts

Saturday, November 27, 2010

Mary Kay Product Review

Saya sekarang ni dah guna product Mary Kay lepas kene pengaruh dengan adik saya (Nani). Bukan setakat saya malahan 1 family (yang pompuan). Mak dan adik pompuan saya yang third pun (Mimie) pakai Mary Kay. Ni semua Nani punya pasal la..Cuma adik yang form 1 je belum lagi. Tak tau la kalau dah form 3 dia gatal nak pakai jugak.

me and mimie @ mimie's engagement 3rd raya this year
see my eye bags..teruk kan?

nani n mimie

Bila dah dekat sebulan pakai, saya rasa best. Selalu adik saya (Nani) tanya ada rasa perubahan tak? Untuk kulit muka saya yang tak sangat berjerawat, saya tak de la rasa apa2 beza sangat cuma rasa kulit makin bersih, moisturized dan everytime lepas pakai mask memang rasa kulit tegang (firm bukan tegang mcm ketat tu), skin tone makin cerah dan bersih. 

Sekarang saya lebih disiplin untuk amalkan penjagaan kulit yang basic: remove makeup, cleanse, refresh (tone), and moisturize setiap hari tanpa gagal. Untuk eye care, saya tak pernah miss lagi untuk 1 bulan ni apply soothing eye gel dan eye revitalizer untuk mata saya yang sangat teruk eye bags dan dark circles. In fact, mata saya secara keseluruhannya pun dah memang hitam dan lebam. Alhamdulillah dah dekat sebulan ni saya rasa mcm better sikit dah kelabu asap tak itam sangat. Wrinkles tu saya tak kira lagi dah kurang ke tak..hehe..sure amik masa tapi saya akan teruskan. Not yet 30 tapi skin condition mcm nenek kebayan dah. Kawan adik saya, dah dekat 45 muka cam 20++.. tak de wrinkles or dark circle langsung..uish jeles u..

Banyak lagi nak review ni tapi masa tak mengizinkan, si kecik dah bangun, nak jogging setempat ni. :-) Saya akan buat review lagi bila saya buat 2nd order nanti dalam next month mungkin. banyak product yang best2 saya nak cerita.

Botanical Customized Skin Care + Hydrating Moisturizer 

Timewise Targeted Action Eye Revitelizer 
Indulge Soothing Eye Gel

Timewise Targeted Action Eye Revitelizer ni untuk orang yang betul bermasalah eye bags dah dark circles. Saya memang kene pakai ni lepas kawan adik saya (senior Mary Kay dia) tengok mata saya. Kalau orang yang biasa2 untuk jaga mata, kalau mata tak de eye bags, wrinkles dan dark circles sangat, just guna Soothing Eye Gel je. Sejuk dan nyaman je especially for those yang mengadap komputer lama2 dan tidur lewat. Bangun pagi mata tak rasa letih dan sembab.

Makeup remover, cleanser dan mask

Makeup remover ni memang bagus untuk tanggalkan waterproof mascara senang aja. Tak payah tenyeh lama-lama.

Mary Kay
skin care + eye care

Mary Kay boleh adakan facial session percuma pada yang berminat. Makeup demo pun boleh. As long as u boleh set tempat dengan a group of people dalam min 7 people. lebih baik 10 and more. If ramai, they will come in a group of 3 or 4 Mary Kay trainer.


6 comments:

4 Kay-E said...

Menarik juga produk mary kay ni ye :)

dbalkis said...

memang menarik..saya tak pernah bersungguh menjaga muka pakai segala b4 this. even pkai skII pun tak consistent. now dah bersungguh..harap2 la..hehe

|| NaFiRaa || said...

mesti mahal set mary kay nih kan~ :)

Ciao Annin-sama said...

SK II? Mary Kay? Aigooo ~ X mampu lagi den hehe!

airin diana said...

hi! ive tried mary kay before. mmg proven best. tp bile dah balik msia, tak jumpa agent plak. so terus tukar mcm2 brand. rs nye mcm expensive je price kat sini kan?

dbalkis said...

nafiraa : nak kata mahal ke tak tengok cara guna jugak la..sekali beli dapat tahan 2 bulan, so monthly cost bolehla tahan..jadi member lagi dapat kurang harga..

sk2 mahal lagi dari mary kay anim..thats why continue mary kay aje now..

airin, dulu kat mana? US eh? mmg la m'sia mahal sket dari luar. tapi kalau dah ok ngn kulit continue tak mo tukar2 brand lagi..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails