Recent Posts

Monday, August 23, 2010

Ketam Goreng Berlada Serai

Dalam entry yang lepas pasal menu ringkas berbuka, saya ada selitkan Mr. Crab di celah2 resepi yang mudah ringkas ikan kering asam dan nasi goreng daging black pepper tu. So inilah  resepi Ketam Goreng Berlada Serai..




Bahan-bahan (A):
1) 3 ekor ketam  dipotong 2 (untuk 2 orang makan je ye..kalau family ramai tambah lagi)
2) Garam + kunyit secukup rasa

Gaulkan ketam dengan garam kunyit dan gorengkan ketam2 itu dengan minyak penuh. Ketepikan ketam (pulaukan dulu ketam ni jauh2)

Bahan-bahan (B):
1) 3 ulas bawang putih
2) 1 biji bawang besar
3) sedikit halia (besar ibu jari)
4) sedikit lengkuas
5) 3-4 sudu cili giling or blend
6) sedikit belacan

Kisar bahan2 B dan pulaukan dia di sudut yang lain

Bahan-bahan (C):
1) sedikit bawang putih untuk menumis
2) 2 tangkai serai - dipotong halus-halus sedang
3) 1 sudu sos tiram
4) 1-2 sudu sos cili (ikut suka)
4) 1 sudu sos tomato/air asam
5) 1 sudu kicap manis
6) garam dan gula secukup rasa
7) daun limau purut

Panaskan minyak, masukkan bawang, kemudian serai sampai naik bau. Masukkan bahan kisar (B) yang telah dipulaukan tadi sampai pecah minyak dan sambal betul2 masak.

Campurkan bahan2 (C) yang lain dan rasa la secukupnya ikut selera masing2. Last sekali masukkan daun limau purut supaya naik bau dan rasa.

Temukanlah ketam goreng yang telah dipulaukan tadi dengan sambal yang telah garing. Sama ada anda nak gaulkan ketam dengan sambal di kuali atau just siram sambal ke atas ketam. Ikut suka masing2.. Saya siram je sambal atas ketam.

Dah siap resepi Ketam Goreng Berlada Serai!!!!

* Saya potong2 serai instead of blend halus supaya ada rasa2 gigit kasar. Kalau tak suka rasa serai yang jelas dan ketara tu boleh blend je sekali dengan bahan2 B.

Selamat mencuba...

5 comments:

Leonora Halim said...

mau resipi ya... hehe... senang sajer...

1. bwg merah + halia + lengkuas + kunyit hidup (kalo malas.. serbuk pun muleh) + cili padi (pedas sesedap rasa) + bwg putih + cili kering (cili boh pun muleh) = blend semuanya... portion... bwg merah: bwg putih: halia: lengkuas = 6:2:3:1. Kunyit + cili kering = utk warna sahaja.. leh plus minus ikut citarasa
2. santan
3. ayam or udang or ketam..
4. cili hijau

campur santan + bahan kisar lam periuk... smpi masak... campur air.. kepekatan ikut citarasa.. and masuk lauk... garam + gula + ajinomoto (a pinch only) ikut citarasa.. bila lauk da agak masak, masukkan cili hijau... campur nenas lagi sedap... tapi ritu tak letak sbb kata org2 tua nenas tajam utk org2 mengandung.. ekekke...

selamat mencuba...

chugie said...

emm memang nampak simple.. bleh lah sy cuba nanti.

dbalkis said...

wah k.leo..tq2 nanti i up the recipe eh coz i ada lagi satu resepi ketam lemak. tqvm..pasni boleh try ur recipe..my hubby pun x suka nanas, slamat k.leo tak letak nanas hari tu..

chugie : sila cuba..sedap2..

|| NaFiRaa || said...

x reti makan ketam~ huhuhuhu

4 Kay-E said...

wah..sedapnya..
lamanya tak makan ketam....
teringin betul :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails